Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Rahsia sebenar kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain

Sekiranya anda pergi ke Jepun, pasti anda dapat merasakan perbezaan besar jalan tar di negara matahari terbit itu dengan negara kita, Malaysia.

Menjadi kebiasaan di Malaysia, apabila kita pernah melalui jalan raya yang beralun serta berlubang di sana sini dan apabila membuat aduan, pihak jabatan kerja raya atau majlis perbandaran tempatan akan menurap tar secara ala kadar yang akan menyebabkan jalan raya kembali berlubang dan tidak sekata. Dan ini akan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Sesiapa yang pernah berada di Jepun pasti akan terpegun melihat kebersihan jalan raya dan bagaimana jalan raya itu sangat lembut, mampat, rata dan kemas walaupun ia juga pernah mengalami kerosakan yang lebih teruk akibat kejadian gempa bumi, tsunami dan banjir besar .

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Berbanding di Malaysia, jalan raya akan diturap tar dengan cantik tetapi dengan teknik ala kadar menjelang pilihanraya atau terdapat majlis keraian yang besar di kawasan tertentu yang memerlukan jalan raya perlu dilihat dengan baik oleh para pemimpin yang akan datang melawat kawasan.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Buat beberapa ketika jalan raya akan kelihatan cantik sebelum ia akan kembali berlubang di sana sini akibat terdedah kepada cuaca yang tidak menentu dan dilalui lori yang besar dan berat yang selalunya tidak mempedulikan pengguna jalan raya yang lain.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Yang menjadi mangsa adalah pengguna jalan raya yang memandu kereta dan motosikal. Berapa ramai yang pernah merasai pengalaman tayar kenderaan yang pecah atau rosak akibat terlanggar lubang di jalan raya yang tidak ditutup.

Tiada pemimpin dan pihak berkuasa tempatan yang akan bertanggungjawab membayar kos membaiki tayar kenderaan yang telah rosak atau membayar kos perubatan pengguna jalan raya yang mengalami kemalangan setelah melalui jalan raya yang rosak dan tidak dibaiki.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Keadaan ini tidak berlaku di Jepun. Jalan raya di Jepun amat bersih dan kemas, walaupun ia berada di kawasan yang terpencil dan sempit. Jalan raya di Jepun amat rata dan lembut tanpa terdapat sebarang alunan sehingga mampu membuat pengguna jalan raya berasa selesa apabila membawa kenderaan masing-masing.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Di Jepun, para pekerja yang bertanggungjawab menurap jalan raya mempunyai sikap dan niat yang sangat tegas apabila berhadapan dengan tugas mereka membina jalan raya yang berkualiti.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Pendekatan sikap yang sama dilakukan apabila mereka menerima aduan membaiki jalan raya yang rosak, walaupun ia hanya satu kerosakan yang kecil.

Pekerja akan melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh dengan bunyi kerja pembaikan yang minimum. Di samping itu, laluan bagi kenderaan lain dijaga dengan baik tanpa menimbulkan kesesakan jalan raya yang teruk.

Peralatan membaiki jalan juga berada dalam keadaan kemas dan baik tanpa dilihat kesan tar yang tidak dibersihkan.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Walaupun bekerja dalam keadaan yang panas, para pekerja akan berpakaian secara formal dengan ciri-ciri keselamatan yang dititikberatkan.

Sikap mereka menjalankan tugas amat tinggi. Jalan yang rosak akan dibuka mengikut kedalaman yang telah ditetapkan mengikut spesifikasi. Tar yang sudah rosak akan dibuang dengan tiada tertinggal walau sedikit.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Tar tidak diletak sekaligus. Sebaliknya, ia akan diletak secara perlahan-lahan, dengan lapisan tar yang dimampatkan dan disambung dengan proses yang sama berulang kali sehingga selesai ke permukaan yang rata dan sekata, secara jelas menunjukkan yang ia tidak akan berlubang dan beralun dalam jangka masa terdekat kelak.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Persekitaran pembinaan jalan raya sentiasa kemas dan bersih, dan ia dikelilingi dengan hadangan keselamatan yang dapat mengingatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut. Dan tiada kesesakan jalan raya serta tiada pengguna jalan raya yang tidak sabar dan panas hati seperti di Malaysia.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Spesifikasi yang ditetapkan dalam penurapan jalan raya bertar di Jepun adalah setinggi 100 meter, bagi memastikan jalan raya berkeadaan rata, mampat dan kemas.

Selepas selesai kerja penurapan jalan raya, amat jelas kelihatan tiada perbezaan antara jalan raya lama dan baru. Dan warnanya juga serupa dan sekata seakan tiada kerja pembinaan jalan baharu sahaja diselesaikan di kawasan itu.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Tiada ketinggian yang tidak sekata dari permulaan kerja penurapan sehingga ke jalan yang terakhir. Dan bahu jalan serta sempadannya juga tidak terkecuali. Semua berada dalam keadaan yang sekata dan kemas.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Walaupun kaedah yang dilakukan oleh pekerja pembinaan jalan di Jepun ini mengambil masa dan prosedurnya amat rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi, namum hasilnya amat hebat dan mengagumkan.

Kualiti jalan raya berada pada tahap tertinggi dan tidak dapat dicapai oleh mana-mana pembuat jalan raya di dunia. Jalan raya yang digunakan akan bertahan lama dan kos pembaikan yang berulang kali akan dapat dielakkan selagi tiada bencana alam yang akan berlaku.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Semuanya bermula dengan etika pekerja pembinaan jalan raya yang sangat tinggi dan berdisiplin. Mereka akan memastikan yang tugas mereka akan dijalankan dengan baik.

Mereka juga akan memastikan yang pengguna jalan raya akan dapat menggunakan jalan raya yang berkualiti dan berada dalam tahap pemanduan yang selesa.

Kenapa jalan tar di Jepun jauh lebih baik dari jalan tar di negara lain? Fahami pendekatan yang diamalkan pekerja Jepun.

Apa yang pasti, pekerja pembaikan jalan raya di Jepun tidak akan menjalankan tugas dengan terburu-buru dan memperdaya pengguna jalan raya dengan penghasilan penurapan jalan raya yang tidak berkualiti.

Mereka tidak akan menggunakan wang cukai rakyat dengan sewenang-wenangnya dengan tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang sepatutnya diutamakan lebih dari segala-galanya.

Post a Comment

0 Comments