“Mereka ini membuat amal bukan kerana mahukan balasan. Tetapi untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup kita semua.”
Bila tarikh PRU14 dah makin dekat, macam-macam janji yang ditabur kepada rakyat daripada parti yang bertanding. Tak kiralah parti kerajaan mahupun parti pembangkang, masing-masing ada manifesto sendiri yang mereka dah susun siap-siap untuk dibentangkan kepada rakyat. Tapi sama ada janji-janji yang ditabur tu betul dibuat ataupun tidak, itulah yang jadi persoalan sekarang!
Tapi tahukah korang, ada beberapa aktivis kat Malaysia ni sebenarnya banyak tolong rakyat daripada ahli politik yang menabur pelbagai janji tu? Ini kami senaraikan aktivis berikut dan sumbangan mereka kepada masyarakat.
1. Syed Azmi
√ Syed Azmi mula dikenali dengan kempen “I Want To Touch A Dog” yang telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan kecaman walaupun dia sebenarnya berniat baik dalam melakukan event tersebut.
√ Tidak lama lepas tu, namanya kembali disebut-sebut bila Syed Azmi sering terlibat dalam aktiviti sosial seperti membantu gelandangan, orang susah dan pesakit kanser yang perlu bantuan kewangan.
√ Dia juga dikenali sebagai child activist dan sering membantu kanak-kanak yang jadi mangsa rogol, remaja yang hamil di luar nikah dan anak-anak yang lari dari rumah.
√ Melalui profil Facebook, Syed Azmi sering memuat naik kempen dan awareness program berkaitan ibu tunggal, menderma pakaian buat orang susah dan pelbagai projek sukarelawan lain.
2. Kuan Chee Heng
√ Sama seperti aktivis lain, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang suka membantu mereka yang ditimpa kesusahan.
√ Namun apa yang lebih menarik, Kuan sering muncul dengan idea-idea kreatif untuk membantu mereka yang memerlukan. Antaranya ialah:
- Van Jenazah RM1
- Teksi 10 sen
- Rumah RM1
- Ambulans 10 sen
√ Sikap baik hati Kuan sering dipuji kerana dia membantu rakyat tak kira apa bangsa mereka sekalipun. Yang penting, mereka yang susah mendapat pertolongan yang sewajarnya.
3. Lando Zawawi
√ Lando atau nama sebenarnya, Azlan Sani Zawawi ialah seorang aktivis yang giat menampal jalan berlubang. Walaupun nampak pelik, namun jasa Lando amat besar kepada pengguna jalan raya.
√ Namanya mula naik lepas menubuhkan Ikatan Silaturrahim Brotherhood (Brotherhood) yang mengeluarkan duit poket sendiri untuk lancar Ops Jangan Gebang, Tutup Lubang yang menurap jalan raya berlubang sekitar KL.
√ Selain menurap jalan, Lando jugak hasilkan brand tar jalan sendiri untuk memudahkan kegiatannya menurap jalan raya tanpa menunggu bantuan pihak berwajib.
4. Pak Mie
√ Sebab kesian melihat haiwan-haiwan ni hidup terbiar tepi jalan, Pak Mie dan isterinya, Mak Intan telah menjaga lebih 700 haiwan terbiar dalam tempoh hampir 30 tahun.
√ Mereka telah membuka pusat perlindungan haiwan terbiar pada 1991 di Alor Setar dengan nama Pak Mie Shelter.
√ Walaupun Pak Mie sudah meninggal dunia pada 2016, Mak Intan masih meneruskan kerja suaminya dan telah menerima Rotary Award kerana sikap penyayang mereka kepada haiwan.
Pada pandangan korang patutkah aktivis seperti ni dilantik menjadi ahli politik? Jasa mereka kepada masyarakat mungkin kecil tapi sangat besar impaknya kepada semua. Semoga ahli politik yang kita sokong mencontohi sikap-sikap aktivis yang hebat ini.
#HebatkanNegaraku!
Sumber: Focus Malaysia/NST/Utusan Online/lobakmerah.com
0 Comments