Ticker

6/recent/ticker-posts

Anak Dikutuk Tak Comel, Ini Luahan dan Pesanan Nora Danish Kepada Si Pengutuk

Anak Dikutuk Tak Comel, Ini Luahan dan Pesanan Nora Danish Kepada Si Pengutuk

‘Apa la dosa anak Nedim dan Nora Danish sampai korang nak persoalkan dan gelakkan sebab muka dia macam tu.’

Perkahwinan Nora Danish dan Nedim Nazri dihadiahkan cahaya mata yang comel bernama Neyney. Sejak anak kedua Nora Danish ni dilahirkan, dia sering menjadi tumpuan ramai. Ramai juga yang memuji kecomelan Neyney ni. Tapi, tak sangka ada juga yang sanggup menghina ciptaan Tuhan dan dengan selamba meluahkan pendapat bahawa anak kepada pasangan ini tidak comel.

Walaubagaimanapun, individu tersebut dikatakan telah tampil membuat permohonan maaf secara terus kepada Nora Danish dan menyesali perbuatannya. Namun, sebagai ibu pastinya Nora Danish terkesan dan tersentuh hati kerana ia melibatkan anaknya. Ini kata Nora Danish mengenai kecaman terhadap anak comelnya itu.

Status twitter yang mengundang kemarahan ramai

Anak Dikutuk Tak Comel, Ini Luahan dan Pesanan Nora Danish Kepada Si Pengutuk

Bayi 2 bulan belum tahu apa-apa

Anak Dikutuk Tak Comel, Ini Luahan dan Pesanan Nora Danish Kepada Si Pengutuk

Walaupun pelakon ini sudah biasa dan jemu menerima kecaman dari netizen tetapi ada kalanya dia juga kesal dan bersedih menghadapi setiap kecaman. Ternyata Nora Danish terkilan dengan kecaman dari segelintir netizen yang sanggup berbuat demikian terhadap Neyney.

Dia juga tidak menyangka netizen boleh berfikiran sejauh itu untuk menilai ciptaan Tuhan terhadap anaknya. Dia menyifatkan bayi 2 bulan itu tidak seharusnya menerima kutukan sedemikian kerana masih lagi kecil dan belum tahu apa-apa.

Jangan anggap media sosial remeh

Anak Dikutuk Tak Comel, Ini Luahan dan Pesanan Nora Danish Kepada Si Pengutuk

Media sosial yang dianggap remeh ini akan jadi budaya turun-temurun. Saya risau Rykal dan Neyney, apa yang akan jadi kepada mereka ini yang hidup dalam budaya media sosial.

Nora turut bersyukur akan kehadiran cahaya mata Neyney dalam hidupnya sebagai pelengkap keluarga bahagia. Tambahan pula, Rykal dan Dre yang tidak cemburu malah menyayangi Neyney seperti adik-beradik kandung.

Antara komen-komen netizen yang turut sama mengecam si pengutuk tersebut

Anak Dikutuk Tak Comel, Ini Luahan dan Pesanan Nora Danish Kepada Si Pengutuk

Anak Dikutuk Tak Comel, Ini Luahan dan Pesanan Nora Danish Kepada Si Pengutuk

Anak Dikutuk Tak Comel, Ini Luahan dan Pesanan Nora Danish Kepada Si Pengutuk

Anak Dikutuk Tak Comel, Ini Luahan dan Pesanan Nora Danish Kepada Si Pengutuk

Untuk pengetahuan korang, selain telah meminta maaf secara terus dan telus kepada Nora Danish, si pengutuk juga telah memadam status tweetnya dan turut memohon maaf kepada semua. Siapalah kita untuk menilai ciptaanNya. 

Kredit: mStar

Post a Comment

0 Comments