‘Suspek melepaskan 10 das tembakan dan 4 terkena mangsa yang dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat subuh.’
Hasrat seorang imam dan pensyarah universiti swasta dari Palestin untuk menunaikan solat subuh di surau tidak kesampaian apabila dia ditemui mati di tepi jalan, berhadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Gombak pagi ini. Mangsa dipercayai ditembak oleh dua individu tak dikenali.
Ditembak ketika ingin menunaikan solat subuh
Memetik laporan Astro Awani, Imam dari Palestin yang berusia 35 tahun itu dipercayai telah mati akibat ditembak oleh dua lelaki yang datang menaiki sebuah motosikal ketika mangsa ingin ke surau untuk menunaikan solat subuh. Kejadian menyedihkan ini berlaku kira-kira pukul 6 pagi tadi waktu tempatan.
Terkena 4 das tembakan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati bahawa suspek menaiki motosikal dan melepaskan lebih 10 das tembakan dan berdasarkan pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan pada badan mangsa.
Polis turut menemui dua slug peluru dan mangsa disahkan menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian. Motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Mangsa meninggalkan tiga orang anak dan seorang balu. Al-Fatihah.
Credit: Oh Bulan
0 Comments