Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengkritik Fesyen Akhirnya Buka Mulut, Nafi Kutuk Orang Gemuk

Pengkritik Fesyen Akhirnya Buka Mulut, Nafi Kutuk Orang Gemuk

‘Lelaki itu duduk terkangkang hingga mengganggu ruang duduk saya, jadi saya rasa kurang selesa.’

Akibat kecaman demi kecaman sehingga hashtag #60kg trending di laman sosial, Zaihani Zain pengkritik fesyen yang viral telah tampil untuk menjelaskan mengenai statusnya yang mengundang kontroversi itu.

Zaihani Zain tampil buka mulut dan menjawab segala kecaman dari makcik dan pakcik bawang terhadapnya dan menegaskan bahawa netizen sebenarnya sudah salah tafsir apa sebenarnya yang dia maksudkan dalam statusnya itu.

Netizen salah tafsir

Pengkritik Fesyen Akhirnya Buka Mulut, Nafi Kutuk Orang Gemuk

Status yang dimuatnaik olehnya di akaun Facebook peribadi miliknya tempoh hari adalah tentang individu melebihi berat 60kg tidak digalakkan untuk menyertai pertunjukan fesyen adalah kerana dikhuatiri akan mengganggu keselesaan orang lain semasa duduk.

Sekiranya anda semua perasan, status itu bukanlah umum. Hanya untuk kawan-kawan dalam friendlistnya sahaja.

Lelaki itu duduk terkangkang

Pengkritik Fesyen Akhirnya Buka Mulut, Nafi Kutuk Orang Gemuk

Menurutnya, statusnya itu telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ia hanyalah sekadar keluhan dan pengalaman diri sendiri yang tiada kena mengena dengan anda semua.

Saya tidak menujukan status tersebut kepada sesiapa, menasihati atau menegur mana-mana pihak. Apatah lagi untuk mengutuk individu yang memiliki berat badan berlebihan. No body shaming!. Saya berkongsi keluhan saya di Facebook dan berkongsi kepada kenalan rapat sahaja. Malangnya, status itu disalah ertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya lagi, lelaki yang duduk di sebelahnya duduk terkangkang sehingga menjejaskan keselesaannya untuk menikmati dan fokus kepada pertunjukan fesyen tersebut.

Jadi, 60 kilogram itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kilogram. Lelaki itu duduk terkangkang hingga mengganggu ruang duduk saya, jadi saya rasa kurang selesa.

Tidak sangka disalah ertikan dan viral

Pengkritik Fesyen Akhirnya Buka Mulut, Nafi Kutuk Orang Gemuk

Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai, jadi saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral.

Mungkin ia hanyalah pengalaman peribadi dan hanya untuk dikongsikan kepada kawan-kawan. Tapi, tak sangka pulak viral dan dikecam ramai kan. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada beliau.

Kredit: Gempak

Post a Comment

0 Comments