Ticker

6/recent/ticker-posts

‘Tolonglah Kami Tan Sri Tony Fernandes’ – Luahan Sayu Perantau Tawau Nak Balik Raya Tahun 2018

‘Tolonglah Kami Tan Sri Tony Fernandes’ – Luahan Sayu Perantau Tawau Nak Balik Raya Tahun 2018


‘Kenapa harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau lebih mahal walaupun ia hanyalah penerbangan domestik?’

Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi seorang perantau selain dapat pulang ke kampung bersama keluarga tercinta untuk menyambut perayaan dan menikmati ayam likkuk serta burasak dan kuih bangkek dan tumbuk dan sori telebih sudah. 

Namun, bagi mereka yang berasal dari Tawau, Sabah antara yang sering menjadi isu adalah harga tiket penerbangan di mana harganya dilihat lebih tinggi berbanding penerbangan antarabangsa.

Inilah yang membuatkan seorang pelajar meluahkan rasa hatinya. Mana la tahu Tan Sri Tony Fernandes yang handsome baik hati turunkan harga tiket macam harga tiket khas untuk PRU14 baru-baru ni kan.

Untuk pengetahuan anda, bukan semua perantau dapat membeli tiket awal dan dapat memastikan waktu yang tepat untuk pulang. Kebanyakannya hanya dapat membeli sebulan atau dua minggu sebelum pulang untuk beraya. Dan kebanyakannya juga tidak mampu membeli tiket dan ada juga yang sudah bertahun-tahun tidak pulang ke kampung halaman. Sedih.

Harap Tan Sri Tony Fernandes dapat meluangkan masa dan membaca luahan ini dan sekaligus berikhtiar untuk mengurangkan harga tiket sekiranya boleh. Ikuti luahannya.

Ke hadapan Tan Sri Tony Fernandes, Founder Penerbangan AirAsia,

Harga tiket penerbangan Airasia dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah, Malaysia pada 14 Jun 2018 ialah RM 1,097. Kuala Lumpur ke Brunei RM182 - 250+, malah Kuala Lumpur ke Melbourne Australia lebih murah berbanding harga penerbangan KL - Tawau, RM 673 pada hari yang sama, itu pun siap ada diskaun lagi.

‘Tolonglah Kami Tan Sri Tony Fernandes’ – Luahan Sayu Perantau Tawau Nak Balik Raya Tahun 2018

Penerbangan domestik lebih mahal berbanding antarabangsa

Persoalan saya, mengapa harga tiket penerbangan KL-Tawau lebih mahal mencecah ribuan ringgit berbanding yang lain sedangkan KL ke Tawau hanyalah penerbangan domestik bukannya penerbangan antarabangsa?

We, students, we can't afford this. This is too much. Seriously seriously seriously. Sebahagian daripada kami hanyalah pemegang PTPN, berlatarbelakangkan keluarga yang susah, tinggal di luar bandar dan pedalaman, jika ada biasiswa pun ia digunakan sepenuhnya untuk menampung kos sara hidup belajar di perantauan.

Kenapa tak beli tiket awal?

‘Tolonglah Kami Tan Sri Tony Fernandes’ – Luahan Sayu Perantau Tawau Nak Balik Raya Tahun 2018

Kenapa tidak beli tiket awal? Sebab tengah tunggu draf jadual peperiksaan untuk pastikan tarikh yang tepat untuk balik.

Tolonglah kami. Kami pelanggan setia anda

‘Tolonglah Kami Tan Sri Tony Fernandes’ – Luahan Sayu Perantau Tawau Nak Balik Raya Tahun 2018

Thus, as a student, I really hope that AirAsia will minimalize the flight ticket prices as AirAsia is the World's Best Low Cost Airline‎. We are your regular customer and you are always students’ choice for your lowest fare, but seeing RM1,097 just for a one way domestic journey make us sad. Raya di perantauan without family just because of the expensive ticket flight would hurt us and our family too. Thank you.

Sincerely,

You regular customer for almost 6 years.

Post a Comment

0 Comments