‘Naluri saya sebagai seorang bapa saat mendengar gadis itu menjerit meminta tolong itulah yang membuatkan saya nekad terjun untuk menyelamatkannya.’
Viral sebuah video yang memaparkan sebuah bot sedang bergegas menuju kepada seorang lelaki dan seorang gadis yang sedang terapung di dalam laut.
Rupanya, kejadian itu terlah berlaku berhampiran jambatan Pulau Pinang, Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS), Batu Kawan.
Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku kerana cubaan membunuh diri oleh seorang gadis yang terjun ke laut di Kilometer 9.9 Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS).
Di sini, kami kongsikan kepada anda pengalaman dan detik cemas saat Polis Bantuan, Encik Zaidi Salleh berusaha untuk menyelamatkan gadis malang terbabit.
“SAYA anggap dia macam anak sendiri menyebabkan saya nekad untuk terjun ke laut bagi menyelamatkannya”, itulah kata-kata dari polis bantuan, Zaidi Salleh, 52, apabila mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun ke laut di Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS), Batu Kawan, Pulau Pinang.
Zaidi berkata, dia memikirkan mangsa seperti anak sendiri menyebabkannya tidak sampai hati melihat keadaan itu lalu terjun dari ketinggian antara 18 hingga 20 meter demi menyelamatkan nyawa wanita itu.
Katanya, dia menerima panggilan daripada rakannya yang bertugas meronda di jambatan itu lalu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa sedang terkapai-kapai meminta pertolongan.
Katanya, dia menerima panggilan daripada rakannya yang bertugas meronda di jambatan itu lalu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa sedang terkapai-kapai meminta pertolongan.
“Saya memang tidak fikir panjang ketika itu kerana melihat mangsa menjerit meminta tolong sekaligus menimbulkan rasa kasihan apatah lagi dia seolah-olah seperti anak saya sendiri.“Bagaimana perasaan saya sebagai seorang bapa sanggup membiarkan ‘anak’ menjerit dan meminta pertolongan seperti itu lalu terus terjun untuk menyelamatkannya,” katanya ketika dihubungi NSTP.
Anak jati Permatang Batu, Bukit Mertajam itu memberanikan dirinya berikutan mempunyai pengalaman dan kepakaran berenang dalam tempoh lama di laut kerana pernah bertugas sebagai anggota tentera udara dan komando.
“Syukur dengan kelebihan yang dianugerahkan ini kerana saya dapat berbakti dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.“Saya tahu mangsa tidak sedar apa yang dilakukannya kerana berada dalam keadaan yang amat tertekan. Jika tidak, dia tidak menjerit ketakutan seperti itu.“Malah, wanita itu juga hanya menangis sepanjang kami terapung di laut selama 45 minit, dan dia sendiri tidak pasti dengan apa yang berlaku,” katanya.
Kata Zaidi lagi, mereka yang diselamatkan pasukan penyelamat kemudian dibawa ke Jeti Batu Musang di Batu Kawan dengan bot nelayan yang berada di lokasi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superitendan Shafee Abd Samad, berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan.
“Hasil temubual awal yang dijalankan dengan mangsa didapati dia bertindak sedemikian kerana berada dalam keadaan tertekan,” katanya.
Menurut sumber lain, gadis yang terjun dari jambatan itu adalah bekas pelajar PhD school di Universiti Utara Malaysia(UUM). Pelajar ini dikatakan terkena perbuatan pukau melalui telefon sekitar setahun yang lalu hingga terpaksa berhutang along dan kawan-kawan untuk memberi duit ke akaun seseorang individu yang sampai ke hari ini tidak dapat dikenalpasti.
Kenali Wira Kita, Encik Zaidi Salleh
Encik Zaidi Salleh, 52 tahun seorang polis bantuan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan wanita yang terjun ke laut di Kilometer 9.9 Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS), Batu Kawan, pagi tadi.
Beliau yang berasal dari Permatang Batu, Bukit Mertajam memberanikan dirinya berikutan mempunyai pengalaman dan kepakaran berenang dalam tempoh lama di laut kerana pernah bertugas sebagai anggota tentera udara dan komando.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada wira negara, Encik Zaidi Salleh kerana anda telah menyelamatkan satu nyawa. Anda adalah seorang wira sejati. Kami sebagai rakyat Malaysia sangat bangga dengan keberanian anda!
Tonton video saat Encik Zaidi Salleh berusaha menyelamatkan gadis malang terbabit.
Kredit: Blog Ammar
0 Comments