‘Saya menyesal cadangkan kawan saya untuk makan jamu dulu. Dia makan lepas tu start sakit.’
Amalan memakan jamu sudah dipraktikkan sejak turun-temurun di zaman datuk nenek kita lagi. Pelbagai inovasi telah dilakukan terhadap penghasilan jamu dengan harapan untuk memudahkan pengguna.
Selain dipercayai memberi kebaikan dan kesihatan pada tubuh badan, pengambilan jamu juga diamalkan oleh para wanita untuk kelihatan langsing dan tampak muda.
Namun, kisah yang bakal kami kongsikan ini lain pula ceritanya. Wanita ini mendakwa terpaksa membuang ovarinya selepas mengamalkan produk jamu tempatan kerana terdapat masalah pada organ berkenaan.
Hasil siasatan dan laporan doktor, punca utama adalah kerana pesakit ini mengamalkan memakan jamu sehingga mengakibatkan kerosakan pada tibu ovari.
‘Aku dah buang ovari aku sebelah’
‘Rahim aku rosak, kena buang’
‘Bukan tuduh jamu tu, tapi lepas makan aku terus sakit’
‘Mungkin jamu tu ada something’
‘Ada kuman makan bahagian dalaman aku’
‘Jangan makan sebab takut jadi macam ni’
‘Kau jangan rasa bersalah tau’
‘Kau tak salah, aku yang nak jamu tu’
‘Jangan makan apa-apa jenis jamu’
Jadi, kepada anda di luar sana, sila lah rujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengamalkan pengambilan jamu kerana mungkin hasilnya tak sama untuk setiap individu.
Source: Khairul Yoi
0 Comments