Ticker

6/recent/ticker-posts

8 Sebab Kenapa Lelaki Melayu Lebih Tertarik Dengan Gadis Berbangsa Cina

Malaysia hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama. Jadi, perkahwinan campur sudah menjadi perkara biasa dan semakin diterima baik oleh semua orang.

Jika anda dapat lihat trend sekarang, lelaki Melayu lebih sukakan gadis berbangsa Cina. Apa sebabnya?  Jom lihat 8 sebab yang membuatkan lelaki Melayu lebih sukakan Amoi!

1. Berkulit putih

Gadis-gadis Cina memiliki kulit yang putih dan menawan macam gadis Korea. Tak dapat awek Korea, awek Cina pun jadi. Sekarang ni lelaki lebih berminat dengan gadis berkulit putih.

2. Memiliki badan yang langsing

Kebanyakan gadis Cina berbadan petite dan memiliki badan yang langsing. Memang lemak tu tak wujud. Lelaki mana yang tak nak pasangan berbadan langsing? Memang bangga bila jalan bersama Amoi cantik.

3. Pandai berpakaian cantik

Kebanyakan gadis Cina di Malaysia banyak di pengaruhi cara fesyen orang Korea dan juga barat. Gadis Cina ni selalu kita lihat mereka gemar gayakan skirt pendek atau hot pants yang buatkan lelaki Melayu terbeliak biji mata.

Sebab Kenapa Lelaki Melayu Lebih Tertarik Dengan Gadis Berbangsa Cina

4. Rambut yang lurus & cantik

Jika anda dapat lihat, gadis Cina memiliki rambut yang lurus dan halus. Memang kebanyakan lelaki sukakan gadis berambut lurus. Lagi satu, gadis Cina bijak menggayakan rambut mereka.

5. Boleh bertutur tiga bahasa

Gadis-gadis Cina di Malaysia boleh bertutur dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, dan juga Mandarin. Jadi, untuk lelaki Melayu tak perlu risau jika ke kedai motor towkey Cina sebab awek anda boleh runding harga murah.

6. Pandai matematik

Ketika di sekolah, dalam subjek Matematik je mesti yang terer tu kebanyakannya kaum Cina. Ini kerana bahasa mereka memudahkan lagi subjek tersebut. So, untuk lelaki Melayu yang failed Matematik, anda tak perlu bawa kalkulator, bawa awek pun dah cukup.

Sebab Kenapa Lelaki Melayu Lebih Tertarik Dengan Gadis Berbangsa Cina

7. Bijak mengurus kewangan

Kebanyakan keluarga Cina banyak menceburi bidang perniagaan dan selalunya akan diwarisi turun-temurun. Jadi, gadis-gadis Cina ni mempunyai kelebihan di mana mereka mampu menguruskan kewangan dengan baik.

8. Kurang membebel & menggedik

Ini fakta okay! Kebanyakan lelaki Melayu berpendapat, gadis Melayu kuat membebel dan suka menggedik. Berbeza dengan gadis Cina yang lebih mudah untuk dilayan dan sentiasa happy go lucky.

Sumber: e-Kisah

Post a Comment

0 Comments