Ticker

6/recent/ticker-posts

Enjin-Enjin Kereta Lagenda Dari Negara Jepun

SR20DET (Nissan)

Enjin-Enjin Kereta Lagenda Dari Negara Matahari Terbit

Enjin SR20DET ini mungkin merupakan enjin Nissan yang paling popular sepanjang zaman. Ia pertama sekali dikeluarkan pada tahun 1989 dan dilengkapkan pada Nissan Bluebird 2000SSS. Mempunyai reputasi yang baik kerana cukup responsif dan senang untuk ditala. Seringkali menjadi pilihan kaki drift yang inginkan enjin yang tidak terlalu complicated seperti RB26DETT.

Rotary 13 B - REW (Mazda)

Enjin-Enjin Kereta Lagenda Dari Negara Matahari Terbit

Enjin rotary paling popular di dunia dan dilengkapkan pada Mazda RX-7. Ianya cukup kecil dengan kapasiti 1.3-liter tetapi berkemampuan menghasilkan 280 hp kuasa maksima dengan bantuan pengecas turbo berkembar Hitachi HT-12. Bagaimanapun enjin ini tidak begitu ekonomik dengan penggunaan bahan api yang tinggi.

Malah ia juga cukup popular dengan keluaran gas ekzos yang melebihi piawaian ditetapkan. Namun ia masih sebuah enjin yang unik dan digemari ramai peminat di seluruh dunia.

4A-GE (Toyota)

Enjin-Enjin Kereta Lagenda Dari Negara Matahari Terbit

Walaupun mempunyai saiz dan kapasiti yang kecil, enjin ini sudah cukup berkuasa untuk menggerakkan model-model Toyota yang ringan dengan kuasa maksima 128 hp.

Ia digunakan Toyota sekitar tahun 1983 sehinggalah ke tahun pertengahan 90-an, tetapi berkembang menjadi varian moden supercharger, 20 injap 4 throttle dan kotak gear enam kelajuan. Ia menjadi cukup popular bila digandingkan dengan model AE86 Sprinter Trueno, kereta yang telah memulakan kegilaan ramai terhadap sukan drift.

EJ20 (Subaru)

Enjin Kereta Lagenda Dari Negara Jepun

Sama seperti enjin 4G63 Mitsubishi, enjin EJ20 ini juga merupakan nadi kekuatan Subaru. Enjin boxer 2.0-liter EJ20 ini telah dilengkapkan kepada model-model seperti Subaru Legacy, Impreza WRX, Impreza WRX STi dan Forester.

Sebaik sahaja diperkenalkan enjin ini telah menjadi saingan terhebat kepada syarikat-syarikat yang sudah lama bertapak seperti Nissan dan Toyota.

F20C (Honda)

Enjin Kereta Lagenda Dari Negara Jepun

Ini merupakan enjin yang dilengkapkan kepada Honda S2000. Disebabkan enjin ini bersaiz kecil, Honda menerapkan teknologi perlumbaan padanya agar menjadi lebih efisyen.

Walaupun enjin ini telah diperkenalkan lebih dari sepuluh tahun lalu. Ia masih memegang rekod keluaran kuasa per liter terbaik pernah dihasilkan. Enjin VTEC 2.0-liter S2000 ini mampu menghasilkan 247 hp kuasa maksima dengan had putaran enjin pada 9000 rpm.

VR38DETT (Nissan)

Enjin Kereta Lagenda Dari Negara Jepun

Enjin paling menakjubkan pernah dihasilkan Nissan. Enjin V6 3.8-liter DOHC dengan pengecas turbo berkembar ini mampu menghasilkan kuasa maksima setinggi 600 kuasa kuda. Ia juga turut dilengkapkan dengan teknologi injap pemasa pelbagai dan sistem kawalan suapan yang menentukan nisbah campuran udara dan petrol berdasarkan keperluan enjin.

Ianya dihasilkan di dalam kilang khas dengan kawalan suhu yang selaras selain dipasang dengan tangan oleh pekerja terlatih. Buat masa ini enjin ini hanya dipasang kepada Nissan GT-R dan model edisi terhad Juke R.

2JZ - (Toyota)

Enjin Kereta Lagenda Dari Negara Jepun

Enjin yang dilengkapkan kepada Toyota Supra. Menggunakan konfigurasi enam selinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar. Menghasilkan kuasa maksima yang sama dengan enjin RB26DETT Nissan dan merupakan enjin siri JZ Toyota yang paling berkuasa.

Enjin ini kemudiannya dilengkapkan dengan dua pilihan kotak gear, automatik ataupun manual. Ia pada mulanya dilengkapkan kepada Toyota Aristo V pada tahun 1991 sebelum ditabalkan sebagai enjin berprestasi tinggi teratas Toyota dan dilengkapkan kepada Toyota Supra RZ (JZA80).

Enjin ini juga sungguh versatil dan sering menjadi pilihan untuk digunakan dalam projek engine swap. Pernah admin lihat kereta BMW, Mercedes sehinggalah kepada Rolls Royce menggunakan nadi 2JZ ini sebagai nadi baru menggantikan nadi asal yg tidak boleh digunakan lagi.

4G63 (Mitsubishi)

Enjin Kereta Lagenda Dari Negara Jepun

Suatu ketika dahulu enjin ini telah ‘disumbat’ kepada semua model Mitsubishi. Ia dihasilkan dengan dua variasi, SOHC dan DOHC tetapi versi DOHC adalah lebih dikenali dan popular. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksima setinggi 200 hingga 300 dengan bantuan pengecas turbo.

Inilah juga enjin yang membantu Mitsubishi menguasai pentas WRC dengan model Mitsubishi Lancer Evolution. Walaupun ia sudah tidak digunakan lagi oleh Mitsubishi tetapi masih ada syarikat dari China yang menggunakannya.

B-Series (Honda)

Enjin Kereta Lagenda Dari Negara Jepun

Tak perlu diperkenalkan lagi, Ia mula dikeluarkan pada tahun 1989 dan menaikkan nama Honda selaku pendahulu industri dengan enjin yang mampu menghasilkan dari 137 hingga ke 200 hp kuasa maksima. Siri-B ini kemudiannya digantikan dengan Siri-D dan kemudiannya Siri-K pada tahun 2001.

Kehebatan enjin ini selain kuasanya ialah tahap penjimatan bahan api yang sukar ditandingi. Penggunaan aci sesondol berkembar dan teknologi VTEC memastikan Honda menjadi pendahulu pasaran. Malah enjin Siri-B peringkat awal seperti B16A dan B18C masih popular dan mendapat tempat di hati peminat dan pelumba sehingga ke hari ini.

RB26DETT (Nissan)

Enjin Kereta Lagenda Dari Negara Jepun

Enjin ini menjadi enjin yang paling admin sanjung. Dihasilkan dari tahun 1989 sehinggalah tahun 2002. Enjin enam selinder sebaris 2.6-liter dengan pengecas turbo berkembar ini telah dilengkapkan kepada semua model Nissan Skyline GT-R dari R32, R33 dan R34.

Ia mampu menghasilkan sejumlah 280 hp kuasa tetapi boleh ditala sehingga 1000 hp tanpa perlu menjadi seorang pakar dalam bidang mekanikal kereta. Dnjin ini juga merupakan antara enjin perlumbaan terbaik di dunia. Namun kos enjin ini yang agak tinggi menjadikannya tidak sepopular enjin SR20 untuk kegunaan kaki-kaki ubahsuai kereta.

Sumber: mekanika.com.my

Post a Comment

0 Comments