Sebenarnya terdapat ramai wanita yang gemar memakai pakaian lelaki sama ada ianya milik suami mereka atau pun adik beradik mereka. Mungkin saiz pakaian lelaki yang lebih longgar, menjadikannya lebih santai dan selesa untuk dipakai sekali-sekala.
Namun pernahkah anda terlintas apakah yang bakal terjadi kepada anda sekiranya anda memakai pakaian lelaki untuk jangka masa yang panjang?
Bagi mengetahui perkara ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Rufina telah membuat sebuah ujikaji dengan memakai pakaian suaminya selama 10 hari berturut-turut.
Hari Pertama
Perasaan kekok memang terasa pada hari pertama. Rufina memakai seluar ala tentera milik suaminya itu ke tempat kerja. Disebabkan saiz pinggang mereka yang berbeza, Rufina terpaksa memakai tali pinggang wanita bagi memastikan seluar itu kekal pada kedudukannya.
Hari Kedua
Pada hari kedua, Rufina memilih untuk memakai sweater miliki suaminya itu. Sweater yang berwarna kelabu kebiruan itu dipadankan dengan skirt pendek berwarna coklat dan sepasang ‘yellow boot’ Timberland.
Hari Ketiga
Pada hari ketiga, Rufina sudah mula berasa yakin dengan perubahannya itu. Beliau telah memilih untuk memakai kemeja denim. Orang tidak dapat sangka baju tersebut milik suaminya.
Hari Keempat
Baju berwarna khaki ini besar dan panjang. Apabila diikat pada bahagian pinggang, ia kelihatan lebih cantik.
Hari Kelima
Jaket seragam suaminya mudah digayakan dengan melipat lengannya sahaja. Rufina kini semakin biasa dengan berpakaian pakaian lelaki.
Hari Keenam
Baju berbelang sesuai dipakai bersama-sama dengan pakaian berwarna biru ataupun merah. Rufina kelihatan sangat konfiden pada hari tersebut.
Hari Ketujuh
Topi, skarf dan jaket tidak susah untuk digayakan. Lebih-lebih lagi bila kesemuanya selesa dipakai sewaktu cuaca yang dingin.
Hari Kelapan
Hari Jumaat dianggap hari berpakaian biasa dikalangan orang ramai. Baju tebal biasa dan seluar denim sesuai juga untuk dipakai pada hari ini.
Hari Kesembilan
Sekali lagi, dengan melipat lengan jaket yang dipakainya, Rufina kelihatan kemas tetapi sedikit santai juga. Jaket dipakai bersama-sama dengan seluar denim kepunyaan suaminya juga.
Hari Kesepuluh
Pada hari terakhir, Rufina memilih untuk memakai kemeja putih suaminya. Lengannya dilipat dan bahagian bawahnya diselit masuk kedalam skirt yang dipakainya. Selain itu, dia juga memakai jam tangan lelaki yang besar, membuat lengannya kelihatan lebih kecil.
Sebagai kesimpulan, Rufina berpendapat bahawa pakaian lelaki versatil dan juga amat selesa. Dia menasihati wanita lain supaya lebih berkeyakinan dengan cara penampilan mereka dan juga supaay mencuba pakaian lelaki sekali-sekala.
0 Comments