Keputusan mengenai belanjawan 2021 akan diperolehi hari khamis ini. Menurut laporan dari malaysia gazette, Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berkata, untuk belanjawan kali ini pihaknya memperuntukan RM800 juta bagi penyelenggaraan sekolah dan bukan sekolah bagi memastikan semua pelajar mendapat persekitaran yang selesa ketika sesi persekolahan dibuka pada tahun depan.
Katanya, KPM melihat keperitan yang dialami warga sekolah ketika musim C0vid-19 di mana bilik darjah tidak boleh digunakan akibat bocor sejak bertahun-tahun ekoran akibat tidak diselenggarakan.
“Jika dulu, satu kelas boleh memuatkan 40 pelajar tetapi ketika C0vid-19 pelajar tersebut perlu dipecahkan kepada dua kumpulan bagi tujuan penjarakn fizikal.
“Di sini timbul isu mereka tidak boleh menggunakan fasiliti terbabit ekoran tidak diselenggara dengan sempurna. Lebih memeritkan kos penyelenggaran meningkat apabila fasiliti itu tidak diselenggara bertahun-tahun,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat peruntukan Belanjawan 2021 di sini hari ini.
Radzi menjelaskan, KPM berharap belanjawan itu diluluskan agar proses penyelenggaran di sekolah dapat dilakukan secepat mungkin.
“Sedih bila nak jawab soalan jika belanjawan tidak diluluskan ini kerana yang akan terkesan adalah anak-anak kita. Jadi sama-sama kita berdoa agar ia diluluskan.
“Kita mahu bila sekolah buka nanti anak-anak mendapat persekitaran yang selesa bagi meneruskan pembelajaran tambahan pula, kita tidak tahu keadaan pada Januari depan C0vid-19 masih ada atau tidak,” ujarnya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perancangan sekiranya sekolah dibuka di zon hijau, Radzi memberitahu, pihaknya ada membuat kajian tentang perkara itu.
Bagaimanapun katanya, langkah itu agak sukar kerana terdapat juga jangkitan di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Kalau C0vid ini kenal zon, warna ia lebih mudah untuk kita. Kalau Covid nampak zon hijau dan dia tak masuk its going to be a lot easier for us. Tapi kita tak tahu,” ujarnya. – MalaysiaGazette
0 Comments