Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengunjung Stesen Minyak Akan Didenda RM1,000 Jika Tidak “Check-In” Dengan Aplikasi MySejahtera

 


Mengikut laporan dari Malay Mail, pengunjung stesen minyak KINI DIWAJIBKAN mengimbas kod MySejahtera di pam minyak, walaupun anda tidak mengunjungi kedai serbaneka di mana-mana stesen minyak.


Memetik laporan dari Malay Mail via China Press, DCP Datuk Mior Faridalathrash, jika pengguna tidak mengimbas kod MySejahtera walaupun hanya berada di pam minyak, proses pengesanan kontak akan menjadi lebih sukar jika ada kes C0VID-19 dilaporkan di kawasan berdekatan.


Menurut China Press, Timbalan Pengarah Jabatan Sias4tan Jnayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika pengunjung tiba di stesen minyak, mereka diminta untuk mendaftar dengan aplikasi MySejahtera.

"Sekiranya mereka tidak mendaftar atau mengimbas, bagaimana polis akan mengesannya jika ada kes C0vid-19 di daerah itu?" dia dipetik sebagai berkata.

Mior memberitahu portal itu bahawa stesen minyak adalah ruang awam dengan lalu lintas manusia yang padat.

Mior diminta mengulas klip suara viral seorang lelaki yang mendakwa bapanya did3nda RM1,000 kerana gagal mendaftarkan aplikasi MySejahtera sebelum mengisi pam bahan b4kar walaupun memakai face mask.


Sumber : Paul Tan & MalayMail

Post a Comment

0 Comments