Kemelut rumah tangga pelakon cantik, Nadia Brian dan suaminya hangat diperkatakan hari ini apabila suaminya, Muizz Nasruddin mendakwa ada melihat pelakon itu curang di depan matanya sendiri dan mempunyai bukti isterinya bersama lelaki lain di sebuah hotel di cyberjaya.
Tidak mahu netizen terus mengecamnya tanpa hala tuju, Nadia Brian tampil memberitahu hal sebenar mengenai dakwaan suaminya itu, dia juga berharap suaminya akan terus melafazkan cerai di mahkamah nanti dan ingin perkara tersebut diselesaikan secepat mungkin.
"Saya harap semua ini dapat diselesaikan cepat supaya masing-masing boleh teruskan kehidupan. Tak nak simpan perasaan dendam yang tak habis," katanya.
Dalam pada itu, Nadia turut menafikan sekeras-kerasnya dia curang terhadap suaminya sepanjang perkahwinan mereka.
"Biar Allah saja tahu perkara yang sebenar. Mengenai curang saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya tidak curang sepanjang tempoh perkahwinan dengan Muizz," katanya yang memohon maaf tidak dapat menjawab panggilan atas urusan yang tidak dapat dielakkan sebelum ini.
Nadia berkata, Muizz memang sudah failkan perceraian di mahkamah dan mereka kini sedang menunggu tarikh untuk ke mahkamah.
Harian Metro sebelum ini melaporkan Muizz sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada 2 Oktober lalu selepas mendakwa melihat Nadia curang di depan matanya.
Tambah Muizz lagi, sekiranya dia terus berdiam diri dan tidak menceraikan isterinya, dia akan dianggap sebagai lelaki dayus.
Untuk rekod, Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November tahun lalu.
Sumber : harian metro
0 Comments