Ticker

6/recent/ticker-posts

Bermula Januari 2021, Majikan Perlu Bayar Caruman Wajib KWSP Pada 15 Hari Bulan

 


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menetapkan supaya mulai Januari ini, majikan perlu membayar caruman wajib KWSP pada 15 hari bulan setiap bulan.

Dalam satu kenyataan hari ini KWSP berkata ia selaras dengan tarikh asal pembayaran caruman yang ditetapkan oleh KWSP setiap bulan.


Sebelum ini KWSP membenarkan lanjutan tarikh bayaran caruman dari 15 hari bulan kepada 30 hari bulan setiap bulan bagi tempoh dari April hingga Disember tahun ini, dengan tujuan meringankan beban yang ditanggung majikan berikutan keadaan semasa yang tidak menentu disebabkan pandemik COV1D-19.


“Tarikh bayaran itu akan kembali ke tarikh asal bagi memastikan caruman pekerja dibayar tanpa kelewatan.



“Bayaran caruman boleh dibuat di portal i-Akaun (Majikan) di laman web KWSP, Perbankan Internet, atau di kaunter bank yang dilantik,” menurut kenyataan itu.

Berikut komen dan reaksi dari netizen berkenaan isu ini.






— BERNAMA

Post a Comment

0 Comments