Ticker

6/recent/ticker-posts

Bill Gates Beri Amaran Kepada Semua, 6 Bulan Akan Datang Adalah Fasa COVID-19 Paling Teruk

 


Tahun 2020 yang dianggap manusia adalah tahun yang akan membawa seribu satu kemajuan tetapi sebenarnya tahun ini sebenarnya boleh dikenali sebagai tahun berkurung. Buktinya lebih dari separuh hari dihabiskan dirumah disebabkan dek pandek covid-19.

Sesungguhnya tahun 2020 ini memberi impak yang sangat dahsyat buat seluruh penduduk dunia. Istilah ‘lockdown’ dan ‘pandemik’ menjadi perkataan yang paling banyak digunakan pada tahun ini angkara penularan COVID-19.

Kehadiran wbak ini sekaligus mengubah kehidupan seharian masyarakat di seluruh dunia dan ia turut memberi kesan teruk kepada sektor ekonomi.

Bahkan, pengasas Microsoft, Bill Gates sendiri memberi amaran bahawa dalam tempoh enam bulan dari sekarang keadaan pandemik akan menjadi lebih teruk. Beliau mengatakan ia mungkin menjadi fasa COVID-19 paling teruk. 


“Sedihnya, empat hingga enam bulan akan datang akan menjadi fasa paling teruk sepanjang pandemik ini. 

“Menurut ramalan IHME (Institute for Health Metrics and Evaluation) yang menjangkakan lebih daripada 200,000 kematian akan bakal tercatat. Jika kita mengikuti peraturan, dari segi pemakaian topeng, kita dapat mengelakkan sebilangan besar kemtian itu berlaku, "kata Gates kepada CNN.

Terdahulu, Gates turut mengatakan bahawa dia akan mengambil vaksin itu secara terbuka sepertimana yang dilakukan oleh mantan presiden AS, Bill Clinton, George Bush dan Barack Obama untuk meningkatkan kepercayaan orang terhadap vaksin tersebut.



"Saya akan melakukan hal yang sama. Jika sudah tibanya giliran saya, saya tidak akan berganjak. Apabila giliran saya tiba, saya akan mengambil vaksin secara umum, kerana saya rasa ini adalah kebaikan bagi semua pihak,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau amat berharap Amerika Syarikat dan negara-negara lain tidak bersikap mementingkan diri dalam pengagihan vaksin di peringkat global.

“Kita semua ingin menghidupkan semula ekonomi dunia dan ingin mengurangkan kemtian,” ujarnya.

Untuk rekod, Amerika Syarikat mencatat lebih 16 juta kes positif COVID-19 dan lebih 308,000 kemtian.

Sumber: Telegraph India via sinar.my



Post a Comment

0 Comments