Individu itu berpendapat wanita tidak sepatutnya pandai merancang keluarga dan tidak hanya tahu beranak sahaja sehingga menyusahkan diri sendiri, suami dan anak-anak yang lain.
“Dah tahu gaji suami RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak-banyak sampai 5-6 orang anak sehingga menyusahkan diri sendiri, makan minum tak cukup dan kemudian salahkan kerajaan.
“Zaman macam ini kalau gaji di bawah RM1,000 cukup sekadar seorang anak. Tak perlu sampai nak buat satu team anak. Jadilah bijak dalam merancang anak.
“Sebab itulah mereka makan nasi dan budu sahaja tanpa lauk. Sebab baki pun baru RM200 untuk makan. Amat membebankan untuk orang bergaji RM1,000 berkongsi makan untuk tujuh orang,” katanya.
kesan dari kualiti hidup yang negatif akan menyebabkan peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat disebabkan desakan bagi menampung kos sara hidup.
Selain itu, anak juga membesar dalam keadaan yang tidak sihat kerana kekurangan nutrisi akibat tidak mengikuti piramid makanan serta masalah sosial juga semakin meningkat kerana ibu bapa tidak sempat mendidik anak yang terlalu ramai.
Justeru, beliau menyarankan pihak kerajaan supaya menggubal undang-undang yang menetapkan satu keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak sahaja.
“Kerajaan perlu menggubal undang-undang satu keluarga limit satu anak sahaja. Selain itu, kawal nafsu atau makan ubat perancang.
“Kalau nak anak ramai, carilah kerja yang lebih bagus dari sebelumnya agar senang menanggung anak atau buat dua kerja dalam satu masa. Malah, isteri juga perlu bekerja,” jelasnya.
Sementara itu, rata-rata netizen menyifatkan cadangan individu tersebut yang mahu mengehadkan bilangan anak dalam keluarga sebagai mengarut dan kurang cerdik.
Mereka mendakwa individu terbabit sengaja mencari perhatian dengan cara yang tidak betul.
Penafian : gambar yang digunakan hanyalah untuk tujuan illustrasi semata-mata
0 Comments