Hampir 9 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Siti Sarah mendedahkan sepanjang kehidupannya bersama pelawak, Shuib Sepahtu.
Ini dimana mereka pernah melalui fasa perit apabila dalam akaun bank hanya berbaki RM500.
Meskipun berdepan kesusahan, bagaimanapun Sarah sentiasa mengingatkan Shuib tentang kepentingan bersedekah.
Dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu.
“Kalau kita bagi sedekah, Allah akan bagi kita balik lebih.
Dahulu, dalam akaun bank kami pernah hanya ada RM500.
Ada tanggungjawab nak bayar pembantu rumah, kereta dan bayar itu ini.
“Benda pertama yang saya tanya Shuib, sudahkah sudah bagi duit kepada ibunya.
Dia jawab ‘belum’ dan hanya ada RM500. Saya cakap kalau dia ada RM500, mak dia ada berapa?
Saya cakap sekurang-kurangnya, bagi half (separuh),”
Katanya menerusi program bual bicara Naura.
Mengimbas kembali zaman ketika tiada media sosial, Sarah berkata dia hanya menerima surat dari para peminat.
Dan surat-surat itu akan ditapis dahulu oleh bapanya, penyanyi Raisuddin Hamzah sebelum diberikan kepadanya
Malah, Sarah pernah menerima ugutan bvnuh yang dihantar melalui surat sehingga bapanya menggunakan perkhidmatan body guard.
Ini untuk menjaga dan mengawasi keselamatannya.
Tidak hanya setakat itu, Sarah turut berkongsi detik sukar ketika suaminya, Shuib berhadapan masalah kewangan pada fasa awal perkahwinan mereka.
Sarah juga turut akan berkongsikan tips kepada mereka yang mengalami detik sukar seperi yang pernah dialaminya bersama Shuib dahulu.
Komen Netizen
0 Comments