” Semalam saya buat posting Aisha memakai baju cute Santa Claus, tiba-tiba ramai pula ustaz dan ustazah netizen masuk.”
Itu antara kata-kata pelakon Fasha Sandha selepas perkongsian video memperlihatkan anak perempuannya dikecam ramai.
Perkongsian video memperlihatkan anak perempuan Fasha Sandha iaitu Aisha Amaira memakai kostum Santa Claus yang dimuat naik di laman Instagram milik aktres itu pada Ahad mengundang kecaman netizen kerana ia dilihat tidak menjadi contoh yang baik bagi seseorang beragama Islam.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, bagaimanapun tampil menjelaskan kostum tersebut bukan bertujuan untuk meraikan perayaan Krismas seperti yang didakwa segelintir netizen.
"Apakah masalahnya anak saya pakai kostum itu, hanya untuk suka-suka, kata mereka... saya nak menyambut Krismas. Habis itu kalau pakai cheongsam dan sari? Salah juga ke? Haram ke?
"Hello, tolonglah jangan buat Islam jadi rumit sangat. Takkan la pakai baju Santa Claus pun salah? Janganlah bagi orang takut dengan Islam. Bare in mind wahai saudaraku sekalian," kata Fasha menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.
Isteri kepada aktor Aidil Aziz itu juga memuat naik paparan skrin beberapa komen daripada netizen yang mengatakan sebagai seorang beragama Islam tidak dibenarkan untuk menyambut perayaan tersebut.
Come on la, pemakaian tidak melambangkan hati seseorang pun.- Fasha Sandha
Dalam pada itu, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa ini turut menegaskan pemakaian tidak melambangkan seseorang itu mempunyai hati yang baik atau tidak.
"Come on la, pemakaian tidak melambangkan hati seseorang pun. Bukan bererti pakai jubah itu baik. Jangan nilai orang bab pemakaian boleh tak? Depan mata saya... ada juga perempuan yang menutup aurat sepenuhnya, belajar tinggi ke universiti tapi pengotor, pemalas dan selalu melawan cakap orang tua.
"Ada yang luarannya nampak sosial, belajar SPM saja tapi pembersih, utamakan solat, mengutamakan keluarga dan menghargai orang lain. Jadi, kenapa nak nilai dari luaran," ujarnya.
Beliau juga memohon agar netizen berhenti mengecam dan mengikuti akaun laman sosial selebriti yang tidak disukai.
"Cukup-cukuplah nak cari kesalahan orang lain. Pokok pangkalnya hati. Dah tak ada kerja, anakku Aisha Amaira yang baru empat bulan pun nak kecam sebab pakai kostum ini.
"Get a life please. Tak habis-habis nak kecam, orang melamar secara terbuka pun korang sibuk nak kecam, orang sweet buat video YouTube pun korang kecam? Cakap bab agama... tak suka, unfollow sudah. Tak habis nak kecam artis.
"Eh tak suka, tak payahlah tengok, banyak lagi benda lain yang lebih utama untuk difikirkan daripada nak cari kesalahan orang lain. Cuba tengok diri sendiri punya silap. Saya pun tak sempurna," katanya.
Melihat di ruangan komen, netizen juga ada pendapat tentang isu ini.
Sumber dari mStar Online
0 Comments