Ticker

6/recent/ticker-posts

Ibu bapa meninggal selang beberapa jam, enam beradik ini jadi yatim piatu sekelip mata

 



Kita yang sudah dewasa pun kalau kehilangan orang tua pasti akan sedih dan rasa seakan hilang alah tuju, inikan pula anak-anak kecil. Tapi siapalah kita untuk menidakkan kehendak takdir.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib yang menimpa enam beradik di Balikpapan, Indonesia yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dunia, semalam.


Difahamkan, kedua ibu dan bapa enam kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir selang beberapa jam pada hari yang sama.


Menurut sumber, ibu enam beradik itu meninggal dunia akibat d4rah tinggi beberapa hari selepas melahirkan adik bongsu mereka.


Ketika jenzah ibu mereka sedang dimandikan, bapa mereka pula jatuh s4kit dan kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.


Enam beradik itu kini dijaga oleh datuk dan nenek mereka yang sudah uzur.



 

Sementara itu, gambar mereka telah tular di media sosial sehingga meruntun hati netizen yang rata-rata sebak dengan kejadian yang menimpa mereka.


Sumber : cempedakcheese

 


Post a Comment

0 Comments