Umum sudah tahu pelakon cantik, Nadia Brian sudah tidak tinggal sebumbung lagi dengan suaminya.Ianya kerana dakwaan dari Muizz yang mengatakan Nadia Brian curang kepadanya.
"Saya sendiri nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya," kata suami kepada pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin mengenai keputusannya memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada 2 Oktober lalu.
Muizz berkata, sekiranya dia terus berdiam diri dan tidak menceraikan isterinya, dia akan dianggap sebagai lelaki dayus.
"Sepatutnya tarikh pembicaraan ditetapkan pada 3 November lalu, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kes sebutan dan bicara ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan ditetapkan kelak.
"Saya nekad dengan keputusan ini kerana kecurangan yang dilakukan isteri, amat sukar untuk saya maafkan. Jika saya tak ceraikan dia, saya menjadi suami yang dayus. Moga Allah lembutkan hati saya untuk maafkan perbuatannya," katanya.
Muizz berkata, dia turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Balai Polis Cyberjaya pada 6 Oktober lalu.
"Ramai yang tanyakan mengenai bukti-bukti yang ada pada saya. Ikutkan hati, saya memang nak tunjuk. Namun, oleh kerana kes ini masih dalam siasatan polis, saya serahkan kepada mereka. Ada juga bukti dan keterangan lain daripada pihak saya untuk membuktikan mereka berdua menginap di situ selama dua malam.
"Sekiranya siasatan selesai, apa yang dilakukan lelaki ini adalah satu kesalahan jenyah dan boleh ditudoh di bawah Sksyen 498 Kanun Kesksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenyah,
"Saya tak faham 'fitnah' apa yang dikatakan oleh isteri saya. Kenapa saya nak fitnah isteri sendiri? Kami baru berkahwin tak sampai setahun. Apa yang saya peroleh dari semua ini? Saya ada bukti yang secukupnya. Apa yang paling penting saya nampak dengan mata kepala saya sendiri," katanya.
Menurut Muizz, dia kesal apabila isterinya masih cuba berselindung walaupun sudah mengakui kesilapannya.
"Saya sudah menunjukkan bukti-bukti yang saya ada kepada isteri dan keluarganya. Isteri saya pun mengaku kesilapannya kepada saya. Adakah itu masih fitnah? Kenapa tidak nafikan kenyataan saya? Sudah sudahlah berlagak sebagai mngsa di media sosial untuk menunjukan yang saya ini j4hat. Kenapa masih menegakkan benang basah?
" Saya tidak berhasrat untuk mengaibkan isteri tetapi saya harus bersihkan nama dan maru4h saya dan keluarga. Saya juga harap ini dapat dijadikan satu pengajaran kepada mereka yang dicurangi kerana ada undang-undang yang boleh membantu kita. Saya ingin episod ini berakhir secepat mungkin supaya saya boleh meneruskan kehidupan. Kebenaran itu pasti. Insya-Allah," katanya.
Menerusi sebuah laporan media, Nadia mengesahkan suaminya, Muizz sudah memfailkan perceraian di mahkamah.
Perkara terbabit dikongsi Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, dalam satu temu bual bersama program Melodi, kelmarin.
Terdahulu pelakon drama Titian Takdir itu memberitahu semua tudohan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini adalah fitnah.
Isu pergolakan rumah tangga pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.
Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia didakwa berlaku curang terhadapnya.
Untuk rekod. Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November tahun lalu.
Sumber : harian metro
0 Comments