Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen Terkejut Pasangan Remaja Umur 15 Tahun Nikah Di Kelantan

 


Viral di tiktok apabila seorang pengguna yang menggunakan nama hariafiqah1 memuat naik beberapa keping video majlis perkahwinan pasangan muda di Kelantan.


Menurut wanita tersebut, anak saudaranya yang juga pengantin perempuan baru sahaja berumur 15 tahun dan pasangannya pula berusia 17 tahun.


Nikah muda




Menerusi video TikTok yang dimuat naik, pasangan pengantin tersebut kelihatan mengenakan busana berwarna biru gelap sambil diiringi paluan kompang. Pasangan tersebut juga kelihatan sama cantik dan sama padan ketika sedang berarak untuk berjumpa antara satu sama lain. Menurut sumber yang sama, pasangan tersebut dipercayai melangsungkan perkahwinan di Tanah Merah, Kelantan.


Selamat pengantin baru anak saudara

Susulan daripada video majlis perkahwinan pasangan tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai komen. Menurut netizen, pasangan tersebut masih muda dan dibawah umur. Perkahwinan mungkin terlalu awal buat kedua-dua mereka. Namun begitu, ada juga yang mendakwa majlis perkahwinan pasangan remaja tersebut sekadar lakonan semata-mata bagi menjayakan photoshoot.

Bukan sekadar sweet




Setakat ini, video perkahwinan pasangan tersebut telah mendapat ratusan ribu tontonan termasuk komen.


Sumber: Hariafiqah 1 via ohbulan.com

Post a Comment

0 Comments