Wani Comel mula dikenali ramai selepas viral pendedahannya mendakwa konon telah diperdaya dengan janji manis dari seorang usahawan kosmetik terkenal berhubung perlantikannyya sebagai duta produk perlangsingan badan.
Impak dari pendedahannya itu, pelbagai reaksi netizen yang diterimanya, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengecam dan melontarkan kata-kata berbaur h1naan dilemparkan kepada gadis berusia 23 tahun ini.
Tidak tahan dengan kata-kata kesar dari netizen, Wani Comel bertindak akan mengambil tindakan undang-undang kepada netizen yang celupar sangat mulutnya itu.
Menerusi perkongsian dari portal hiburan rotikaya yang memetik portal Astro Gempak menerusi #PMTepiKakGee, seorang netizen menggelarkan dirinya sebagai Iman berkongsikan pendapatnya tentang Wani Comel.
Lelaki berusia 29 tahun berkongsi cerita berat badannya pernah mencecah 130kg berkata dia juga pernah berdepan kesukaran untuk berjalan. Ujarnya hampir dua tahun barulah dia boleh berjalan dan beratnya kini 90kg.
Tambahnya lagi, tidak salah untuk netizen memberikan padangan mereka masing-masing berkenaan Wani tetapi janganlah terlalu kasar tanpa mempedulikan perasaan seseorang.
“Bagi saya kalau boleh nak bagi pandangan tapi jangan terlalu kasar hingga menggur1s hati budak tu. Awak semua tak tahu bagaimana tertekannya bila berat badan begitu hingga sukar bergerak. Tuhan sahaja tahu,” katanya.
Selepas dikejarkan ke hospital baru-baru ini akibat jngkitan kuman pada paru-paru, Rabu lalu Wani mengesahkan dia menghidap komplik4si jantung bengkak.
SUMBER ASTRO GEMPAK via rotikaya
0 Comments