Sudah menjadi lumrah setiap insan yang menginginkan berkahwin dengan insan tersayang, menjadi raja sehari bersama pasangan tersayang adalah salah satu momen paling indah dalam kehidupan. Kerana disitulah bermulanya cinta sejati dua insan.
Namun lain pula yang berlaku kepada seorang wanita yang telah memuat naik satu video di laman tiktok, bagi wanita itu hari yang paling indah itu sebenarnya menjadi hari yang paling ngeri apabila bakal suaminya tidak kunjung tiba tanpa sebarang khabar berita.
Menurut wanita tersebut yang dikenali dengan nama Atiqah Al Zaraffee. Baru-baru ini, dia memuat naik video di TikTok menunjukkan suasana di sekitar majlis perkahwinannya.
Dalam video itu, semua persiapan majlis perkahwinan sudah lengkap namun malang buat ibu tunggal itu apabila bakal pengantin lelaki tidak hadir ke majlis tanpa memberikan sebarang sebab.
"Pelamin dah siap.. Hantaran pun dah siap.. Dah siap makeup untuk akad nikah.. Malangnya pengantin tak datang-datang.
“Lalu kami sekeluarga redha dengan ketentuan Allah. Semoga saya kuat menghadapi segala ujian ini,” tulisnya dalam video tersebut.
Meskipun hatinya masih dalam bersedih, Atiqah berterima kasih atas kata-kata semangat dan doa orang ramai yang menjadi semangat untuk dirinya meneruskan kehidupan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan rasa simpati dan dalam masa sama tetap kagum dengan kekuatan dan ketabahan wanita tersebut.
Sumber: TikTok @atiqahalzarafee
0 Comments