Ticker

6/recent/ticker-posts

Polis cadang remaja hanya boleh guna motosikal 70cc ke bawah untuk kurangkan kemalngan jalan raya?

 


Jumlah kemalngan jalan raya membabitkan penunggang motosikal di negara kita bukanlah satu perkara yang harus dipandang remeh, kerana setiap tahun ramai nyawa yang melayang terutamanya membabitkan penunggang motosikal.


Menjengah umur 16 tahun, pastinya ramai remaja khususnya remaja lelaki yang berminat untuk mendapatkan lesen motor untuk menunggang di jalan raya secara sah.


Meskipun sah untuk menunggang di jalan raya, golongan yang terdiri daripada umur 16-20 tahun ini mencatat jumlah kemaIangan tertinggi di Malaysia mengikut peringkat umur. Menunggang motosikal dengan laju dan merbhaya antara yang menjadi punca utama kemaIangan berlaku.


Sehubungan dengan itu, Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Sias4tan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Bakri Zainal Abidin telah mencadangkan kepada Majlis KeseIamatan Jalan Raya (MKJR) dan Kemnterian Pengangkutan supaya remaja berusia 16 hingga 20 tahun hanya dibenarkan menunggang motosikal di bawah 70cc menjelang 2025.


Kesukaran poIis membendung amalan remp1t di seluruh negara, beliau menyifatkan model kapcai yang dijual di pasaran sebagai sumber yang mendorong kehncuran generasi muda.


Difahamkan model yang sering menjadi pilihan dan idaman para remaja adalah model Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali dengan nama Ysuku yang mampu mencapai kelajuan sehingga 160km/j.



Untuk pengetahuan, cadangan memansuhkan penggunaan motosikal berkuasa rendah dibngkitkan sejak 13 tahun lalu oleh mndiang presiden Persatuan Pengguna Pulau Pulau (CAP), SM Mohamed Idris yang mengggesa krajaan hanya membenarkan penunggang motosikal berusia 17 hingga 21 tahun menunggang motosikal berkuasa 70cc dan ke bawah.


Berdasarkan cadangan yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Sias4tan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Bakri Zainal Abidin, adakah anda bersetuju sekiranya anak remaja pada tahun 2025 hanya dibenarkan menunggang motosikal 70cc dan ke bawah bagi mengurangkan kadar kemaIangan.

Berikut adalah beberapa komen dari netizen berkenaan isu ini.Setuju tak dengan komen tersebut?





Sumber : the Vocket via imediaviral

Post a Comment

0 Comments