Ticker

6/recent/ticker-posts

Sakinah Akan Bernikah Dengan ‘Mat Saleh’ Mei 2021

 


Sharifah Sakinah mengakui mempunyai hubungan istimewa bersama pasangan nya yang berasal dari Sweden dan bakal menamatkan zaman janda pada 25 Mei tahun hadapan.


Tarikh tersebut baginya sangat istimewa kerana ia adalah tarikh lahirnya bersama Michael.


 “Tarikh itu dipilih kerana merupakan tarikh lahir saya dan Michael. Kami berkongsi tarikh lahir yang sama.



Seperti yang dijanjikan, kalau betul ada benda yang baik, saya akan umumkan. Tapi kita tak tahu lagi sama majlis akan diadakan di Kuala Lumpur atau di Sweden. Masih 50-50 sebab dalam perbincangan dengan C0vid-19 yang masih belum reda,” katanya dalam satu temu bual program televisyen.


Berpindah ke Sweden?

Yelah, kalau dah pasangan berasal dari luar negara, peminat pasti tertanya-tanya sama ada Sakinah akan berpindah ke Sweden kah selepas berkahwin nanti. Namun, katanya dia masih ingin berlakon di Malaysia dan tidak akan menetap di luar negara.



 “Apa pun, saya takkan berpindah ke sana sebab minat saya ialah berlakon dan saya ingin bekerja di sini.Ia (hubungan) akan jadi macam hubungan jarak jauh. Saya akan pergi sana untuk bercuti dan begitu juga dia (Michael),” ujarnya.


“Maaf, saya sedang sibuk sedikit buat masa sekarang. Saya cuma harapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai,” sambungnya ringkas.


Sumber : koolfm

Post a Comment

0 Comments