Terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 akibat masalah kotak suara, Nabila tetap positif dan menganggap ianya dugaan.
“Saya tidak pernah berputus asa menyanyi. Sudah tentu sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada dugaan.
“Mungkin saya ‘public figure’ dan dikenali ramai, jadi, salah saya orang nampak. Tetapi apabila ada perkara baik yang saya buat, tidak pula dijulang tinggi,” katanya.
Enggan mempedulikan apa yang diperkatakan netizen, Nabila berkata perjalanannya masih panjang dan dia menceburi bidang nyanyian adalah untuk diri dan keluarga bukan kerana orang lain.
“Tidak mengapa, orang hendak cakap apa pun sekarang. Apa yang penting, perjalanan saya dalam bidang ini masih panjang.
“Saya berkecimpung dalam industri ini bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri dan keluarga. Jadi tidak perlu fikir pendapat orang lain dan saya akan terus menyanyi,” katanya.
SUMBER BH ONLINE
0 Comments