Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 28, meluahkan rasa terharu dan bangga mendapat pasangan yang sanggup berkorban melakukan perkara itu tanpa rasa malu.
Ini dapat dilihat buktinya apabila tunangnya, memberikan kasut yang dipakai kepada tunangnya selepas menyampaikan Anugerah MeleTOP ERA 2020, pada Ahad lalu.Nabil berbuat demikian kerana tidak sanggup lihat Ayda Jebat sakit kaki.
"Terima kasih kerana membawa kegembiraan di hati saya, keindahan ke dunia saya dan cinta kepada hidup saya. Terima kasih kerana mencintai saya dengan sepenuh hati, sayang.
"Posing macho, cuba swipe left. Hati selembut sutera. Lelaki kata, bukan takut bini (isteri) tapi sayang bini. Terima kasih untuk semuanya Wuvv (panggilan manja Nabil)," kata Ayda.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Nabil yang disifatkan seorang lelaki bertangungjawab dan melayan bakal isterinya seperti seorang permaisuri. Kata netizen lagi, jika bertemu dengan lelaki seperti ini wanita itu sememangnya sangat bertuah.
"Aksi itu sangat romantik. Anda tidak akan jumpa lelaki yang sentiasa melayan anda seperti puteri raja. Jadi, anda bertuah bertemu dengan seorang lelaki yang ikhlas menyayangi anda.
"So sweet... saya doakan agar Nabil akan sentiasa lebih romantik dan kekal seperti sekarang sehingga sudah berkahwin. Aamiin.
Untuk rekod, Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pasangan itu dijangka bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari depan.
SUMBER MSTAR ONLINE
0 Comments