Seorang wanita luah rasa geram di Facebook selepas mendengar luahan dari seorang lelaki di sebuah stesen radio dimana dia mengaku masih tidak boleh melupakan bekas kekasihnya. Lebih menyakitkan hati apabila lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai lima orang anak bersama isterinya sekarang, manakala bekas kekasihnya mempunyai dua orang anak.
Perkongsian tersebut turut menimbulkan kemarahan orang ramai yang rata-ratanya menyifatkan lelaki ini sebagai seorang suami yang kejam. Mana taknya, kahwin dah 10 tahun tetapi masih tidak boleh move on?
Sanggup tinggal anak isteri untuk kembali kepada bekas kekasih
(Gambar Hiasan)
Siapa dengar radio *** fm tadi ? Segment luahan perasaan cinta cintun. Terdengar luahan lelaki yang tak boleh move on dengan ex dia yang dah ada anak 2? Dia dah anak 5 tapi hari-hari tak boleh move on dengan ex gf dia. S4kitnyaaaaaaaa tuh di sini. Sampai tak kisah dan sanggup nak tinggal kan bini yang dah beranak anak kau 5 orang dan pergi dekat ex gf yang beranak dua tu.
Dia sedih sebab perempuan tu ada 2 orang anak, tapi kenapa bukan anak dengan saya? Eee geramnyaaa dengar. Dapat rasa apa yang bini sekarang dia rasa. Call ** fm buat confess camtu sampai suara frust nak mamp0sss. Selalu baca luahan kt group KRT macam annoying
Menurut wanita ini, lelaki berkenaan yang berstatus suami orang mengaku tidak boleh melupakan bekas kekasih hatinya. Dia turut akui tidak kisah untuk tinggalkan isteri dan lima orang anaknya jika bekas kekasihnya sudi menerimanya kembali. Malah lelaki itu turut akui kecewa kerana bekas kekasihnya berkahwin dan mempunyai 2 orang anak
Bekas kekasih ajar erti dewasa
(Gambar Hiasan)
Tapi bila dengar luahan seorang suami bagitahu tak boleh go dengan isteri sekarang sampai menangis-menangis dekat radio disebabkan teringat ingat dekat ex gf yang lama. Aku macam eiiiii laaaaa. S4kit bethol hati aku. Luahan dia : Wanita tersebut mengajar dia erti dewasa. Sebab ex dia tua dari dia 7tahun.
Ajar dia bawak kereta, ajar dia saving dan lain lain. Bila dah kawen, takde dugaan dan cabaran. So dia tak boleh go. Dia rasa dengan wife dia sekarang biasa biasa jer. 10tahun dah kawen, takkan takleh lupakan langsung ?? Giler ke ko ni ??Kesian sangat bini awak tu. Awak kene bahagiakan dia dulu. Baru rasa bahagia akan datang dalam diri awak tu encik.
Dalam luahan itu, lelaki tersebut turut menangis tatkala berkongsi kisah cintanya itu. Walaupun sudah 10 tahun berkahwin, lelaki ini tetap merindui bekas kekasihnya kerana wanita tersebut mengajar erti dewasa kerana mengajarnya pelbagai perkara. Bayangkan dalam 10 tahun berkahwin, dia merasakan isterinya sekarang biasa-biasa sahaja kerana tiada dugaan dan cabaran.
Di ruangan komen, beberapa orang turut ger4m mendengar luahan lelaki tersebut di stesen radio. Rata-rata memberitahu isteri lelaki tersebut pernah beberapa kali alami keguguran. Memang s4kit hati betul!
Isteri pernah gugur 3 kali
Menurut beberapa orang di komen, mereka mendakwa isteri kepada lelaki tersebut alami beberapa kali keguguran. Di antara faktor dia putus dengan bekas kekasihnya adalah kerana tidak mendapat restu dari orang tuanya memandangkan bekas kekasihnya lebih berusia berbanding dirinya. Perkahwinan tersebut diteruskan sehingga sekarang hanya kerana janji kepada arwah ayah mertuanya.
DJ putuskan talian
Walau bagaimanpun, menurut beberapa individu, penyampai radio yang mengendalikan segmen tersebut memutuskan panggilan tersebut dan digantikan dengan lagu. Yelah, penyampai radio pun mesti pelik dan kesian. Nasib baiklah diputuskan, kalau tidak sampai kemana lah ye?
Sumber: Effa Adnan via periukapi.my
0 Comments