Dalam alam rumahtangga ni bukan senang kita nak predict, kita nampak pasangan itu selalu bercuti sama-sama, selalu update moment indah bersama di laman sosial. Tiba-tiba minggu depan tengok-tengok dah bercerai atau tidak lagi tinggal sebumbung.
Begitulah juga seperti apa yang diceritakan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah apabila baru-baru ini dia ada membuat pengakuan, isterinya Zaskia Sungkar juga sama seperti pasangan lain tidak terlepas daripada pelbagai cabaran sepanjang melayari alam perkahwinan.
Irwansyah berkata mereka sering bergduh dan isterinya bersikap seperti kanak-kanak apabila sering kali meminta untuk berpisah. Bagaimanapun, katanya lagi sikap isterinya kini berubah dan jarang bergduh.
“Oh dia childish sangat. Kalau dulu macam budak-budak sangat, kalau gaduh ya kami gduh. Sekarang Alhamdulillah jarang bergaduh lagi. Selalu dia cakap dengan saya mahu cerai.
“Usia sangat mempengaruhi, dulu masih macam budak-budak. Apa-apa sekarang dah malas nak garuh kerana masalahnya itu-itu sahaja,” katanya.
Berkongsikan perkembangan kandungan sulung mereka, Irwansyah berkata dia dan isteri sudah pun mempersiapkan kelengkapan untuk cahaya mata mereka itu. Ujarnya, mereka kini sedang mengubahsuai bilik untuk anak.
“Teruja sangat tapi untuk beli barang bayi mama yang belikan. Sekarang bilik kami sedang dibesarkan untuk dipersiapkan bilik anak sekali.
“Yang kecoh bukan sebab nak bebelanja tapi masa melihat anak melalui imbasan, itu lebih teruja nak tahu baby buat apa,” katanya.
SUMBER MSTAR ONLINE via rotikaya
0 Comments