Ticker

6/recent/ticker-posts

Siti Nurhaliza umum jantina bakal anak kedua, pilih nama awalan huruf 'A'

 



Penyanyi nombor satu tanahair, Dato’ Siti Nurhaliza mengumumkan sedang hamil anak keduanya bersama suaminya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa.


Pengumuman itu sememangnya menggembirakan peminatnya di seluruh Malaysia selepas pasangan itu menyambut Siti Aafiyah dua tahun lalu.


Harini melalui platform Shopee, dalam pada mempromosikan produk kosmetik terbaru, Siti mendedahkan jantina anak kedua mereka yang kini menghampiri usia lima bulan. Sebanyak 93 peratus hasil undian para penonton di platform tersebut percaya bayi yang dikandung adalah lelaki manakala hanya 7 peratus meneka perempuan.


Dalam sesi live itu juga, suaminya turut memaklumkan bayi berkenaan akan diberikan nama dengan awalan huruf A.

"Semua anak lelaki (saya) bermula dengan Muhammad. Nanti di awalnya selepas itu huruf 'A' lah," katanya.



Dalam pada itu, Siti memberitahu dirinya kini tidak boleh lagi mengambil makanan yang pedas seperti kebiasaan.

"Saya tak adalah nak mengidam makan makanan yang bukan-bukan atau yang susah nak dapat. Cuma, perbezan paling ketara yang saya rasa sebelum dan semasa hamil ini, saya dah tak boleh makan pedas.

"Walhal sebelum ini, saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ini, tak boleh pula. Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Bilik tanya nak makan apa..hanya makan sup sahaja," katanya.

Terdahulu, Siti Nurhaliza mengumumkan hamil empat bulan selepas sekali lagi menjalani rawatan IVF untuk kehamilan keduanya.

Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Siti turut berkongsi reaksi Aafiyah selepas menjelaskan dia bakal mendapat adik.




“Aafiyah ni bijak. Dia makin faham. Bila cakap “Ada adik, ada baby dalam perut ibu. Bila tanya mana baby, dia datang kat perut dan cium. Aafiyah ni memang suka kanak-kanak, tak kira yang lagi kecil atau lagi besar daripada dia,” katanya.


Ketika ditanya jika beliau menghadapi sebarang kerisauan menjalani kehamilan pada usia 40-an, beliau mengakui perkara tersebut.


“Saya ada kerisauan jugak. Tahun depan masuk 42. Jadi saya memang kena menjaga pemakanan, sentiasa tengok gula.


Sumber : siakapkeli

Post a Comment

0 Comments