Sejak dua menjak ini banyak kes kecurangan rumah tangga, bukan ingin menyalahkan mana-mana tapi ianya bermula dari diri sendiri juga.Jika kita tak boleh nak ubah diri kita yang kaki perempuan misalnya, dapatlah bini camne cantik pun tetap ingin makan luar.
Menerusi perkongsian oleh Nur Syazana, beliau turut meluahkan betapa hancurnya hati seorang isteri melihat anak-anaknya kehilangan seorang ayah.
Hancur hati seorang isteri
“Setelah segala petunjuk yang Allah cuba bagi melalui mimpi akhirnya semua terjawab. Aku bersedih bukan sebab kerana kehilangan seorang suami”.
“Tetapi anak-anak kehilangan seorang bapak. Cukup kuat aku tahan selepas apa yang aku nampak depan mata dengan segala bukti yang kukuh”.
Wanita berkenaan turut mengakui sering berdepan dengan masalah yang ditimbulkan lelaki tersebut namun bersabar demi untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Maaf hati aku cukup hancur dengan apa yang aku kena kalini”.
“Dan masing dah mengaku saling sayang , sanggup hilang anak dan bini hanya kerana seorang wanita yang baru kenal tak sampai dua bulan”.
Apa yang menyedihkan, menurut wanita ini dia dan anak-anak diketepikan hanya kerana kehadiran orang ketiga dalam rumahtangganya.
“Alhamdulillah Allah lebih sayang aku . Firasat seorang bini jauh la mana sekali pun dia akan rasa apa yang jadi”.
“Aku kuat untuk anak-anak depan mata aku , aku kuat untuk lihat anak-anak besar depan mata aku”.
Namun begitu, wanita ini masih bersemangat untuk meneruskan hidup bersama anak-anaknya.
Pulangkan aku dengan cara baik
“Terima kasih atas apa yang dah buat dekat aku. Harap puas hati hampa dua dengan apa yang jadi”.
“Pulangkan aku dengan cara baik kalau tak mampu nak bagi kasih sayang. Mak abah aku masih mampu sayangkan aku sampai hujung nyawa”.
Netizen titipkan doa wanita ini tabah menghadapi dugaan ini
Bagaimanapun, wanita ini masih berharap dia dapat dilepaskan dengan cara baik dan dipulangkan kepada ibu bapanya yang masih menyayanginya sepenuh hati.
Sumber : yoy network
0 Comments