Beberapa hari lepas kecoh di media sosial apabila seorang wanita berusia 24 tahun berani tampil mendedahkan beliau menjadi mangsa nafsu serakah seorang youtuber terkenal.
Susulan itu satu laporan polis telah dibuat oleh wanita tersebut bagi membuktikan dia bukannya sekadar ingin meraih perhatian semata-mata. Seorang youtuber telah ditahan reman.
Sejurus kejadian itu, wanita tersebut telah melontarkan luahan hatinya menerusi instagram story semalam.Dia ingin meminta maaf mengenai kenyataan yang telah dikeluarkan di media sosial sebelum ini.
“Kalau saya keluarkan kenyataan tak patut di media sosial saya minta maaf.
“Segala kutukan membina, menjatuhkan terima dua-dua. Saya yang pilih kongsi di media sosial, jadi segala kritikan saya kena terima,” katanya.
Dia berharap apa yang berlaku terhadapnya ketika ini menjadi iktibar dan pengajaran buat semua khususnya kaum wanita.
“Benda ni tak habis lagi, tetapi saya tiada niat nak aibkan sesiapa.
“Demi Allah, saya lakukan diri ini untuk diri sendiri dan perempuan di luar sana.
“Ramai di luar sana yang tak berani nak speak simpan sendiri , takut sampai jejaskan mental.
“Kalau kita sama suka itu lain cerita, tapi let say benda tu dibuat secara pksa, orang tu tak mahu dan tak suka tapi masih buat juga.
“Please no lepas ni awak kena ada kekuatan untuk buat report,” katanya.
Sementara itu, sekiranya orang ramai yang ingin membuat laporan membabitkan kes sama, namun masih takut, dia sudi untuk membantu.
“Saya nak bagitau untuk perempuan di luar sana, lepas ni kalau jadi macam ni tolonglah berani.
“Jangan diam, jangan act normal. jangan buat macam tu.
“Kalau awak perlukan teman, saya ada untuk awak, dengar luahan atau teman buat laporan.
“Niat saya bukan untuk a1bkan orang itu tetapi saya tak mahu berlaku pada perempuan lain,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian, Ogos lalu.
Berita lanjut akan menyusul kemudian.
0 Comments