Kita masih belum menang dan kita jaga kita, antara pesanan selalu diucapkan kepada pihak berkuasa kepada rakyat Malaysia. Ini kerana C0VID-19 masih berleluasa dan semakin merebak di negara kita.
Selepas kerajaan menamatkan PKP , ramai rakyat mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung dan membuat keputusan untuk bercuti.
Walaupun berdepan risiko jangkitan C0VID-19, ribuan pengunjung termasuk warga tua dan kanak-kanak yang mahu ke Langkawi seolah tidak mempedulikannya dan sanggup bersesak untuk menaiki feri.
Tinjauan Astro AWANI di Terminal Feri Kuala Perlis mendapati sebahagian besar penumpang yang ingin masuk ke terminal tidak mengamalkan penjarakan fizikal malah beratur dalam keadaan rapat antara satu sama lain.
Difahamkan, pengurusan terminal itu menempatkan kakitangan serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk mengawal keadaan, namun suasana menjadi luar kawalan terutama ketika penumpang berada di pintu masuk bangunan.
Astro AWANI turut difahamkan keadaan itu berlaku hampir setiap hari berikutan pertambahan pelancong domestik yang ke pulau peranginan berkenaan, lebih-lebih lagi sejak cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti Krismas.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom berkata pihaknya menambah baik beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mencegah penularan wbak C0VID-19.
"Ia termasuk mengehadkan individu yang berada di kawasan menunggu (dalam terminal) dengan penumpang hanya dibenarkan memasuki kawasan berkenaan sejam sebelum masa pelepasan feri.
"Kita juga menambah bilangan pekerja bagi tugas memantau di kawasan pintu masuk feri agar tidak ada kesesakan yang serius selain memastikan pengguna perkhidmatan feri memakai pelitup muka sepanjang masa.
0 Comments