Ticker

6/recent/ticker-posts

(Video) Sepanjang Ditahan, Saya Termenung Dan Bertanya Kenapa Allah Bagi Ujian Seberat Ini Kepada Saya, Kata Dai Syed

 


Dilepaskan selepas diikat jamin sebanyak RM35,000 semalam, pendakwah muda Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful memohon agar diberi ruang untuk dia memulihkan jiwa dan mental.


Selama hampir 18 hari ditahan reman atas tiga dakwaan termasuk m e r o g ol, Syed berkata dia agak sedih dengan apa yang menimpanya namun menyifatkan dugaan itu sebagai teguran Allah agar dia tidak terus alpa.



“Sepanjang ditahan, saya termenung dan bertanya atas dugaan yang diberikan, tetapi reda dengan ketentuan yang diberikan Allah dan pada masa sama mengikuti sahaja prosedur polis dan mahkamah.


“Saya hanya berdoa kepada Allah semoga permudahkan urusan dan sebaik-baik manusia adalah orang yang meminta maaf, manakala yang terbaik pula adalah yang memaafkan. Saya maafkan mereka yang pernah mengutuk saya,” katanya.


Ditanya apa yang ingin dilakukan sebaik sahaja dilepaskan, Da’i Syed berkata dia mahu berjumpa ibunya dan meluangkan masanya bersama keluarga serta berehat terlebih dahulu.


“Apa yang saya ingin lakukan selepas ini ialah meluangkan masa bersama keluarga dan makan bersama mereka. Saya hendak duduk rehat dan bertenang dahulu untuk lepaskan rindu,” katanya.



Terdahulu, Da’i Syed ditahan pada 27 November lalu selepas seorang bekas jurujual membuat laporan polis didakwa dir o g o l oleh pendakwah itu namun susulan laporan polis itu, tujuh lagi mngsa tampil membuat laporan.

Sumber : mstar Online

Post a Comment

0 Comments