Bila berada di jalanraya, faktor paling penting selain dari keadaan kenderaan yang kita pandu elok, pemandu juga haruslah 'elok'. Sedikit kecuain dari kita bukan hanya membawa padah pada diri kita tetapi juga pengguna jalan lain yang tidak bersalah.
Hobi kami mahal – itulah antara kata-kata yang mungkin kita terfikir apabila melihatkan mereka yang menceburi bidang sukan basikal yang semakin hari semakin menjadi pilihan ini.
Bagaimanapun, sama seperti kebanyakan situasi di negara lain di luar sana, mereka yang berbasikal ini seringkali dianggap membahayakan ketika berada di atas jalan raya.
Namun sebenarnya tidaklah semua macam itu sebab ada juga yang masih membawa otak sekali ketika aktiviti riadah tersebut – cuma segelintir sahaja.
Menerusi laporan dari blog gulapop, Baru-baru ini tular video seorang penunggang basikal wanita yang menukar laluan dengan cukup drastik dan lebih epik lagi – dia tidak menoleh sedikit pun sebelum berbuat demikian.
Kejadian yang dipercayai sempat dirakam di Putrajaya ini turut mengundang rasa kurang senang netizen.Berikut komen dari netizen yang tidak dapat percaya dengan tahap kebangangan beliau.
Sumber : Gulapop
0 Comments