Ticker

6/recent/ticker-posts

(Video) Viral trend kononnya cari suami dengan hidu bau, netizen kecam sebab tak boleh beza halal haram

 


Makin pelik perangai anak muda kita sekarang. Tak salah nak berhibur tapi dalam Islam ada hadnya.


Baru-baru ini viral satu video di laman sosial tiktok apabila memaparkan aksi seorang wanita berpakaian kuning yang dipercayai sedang bermain dengan satu permainan mencari suaminya dengan cara mengenal pasti bau pasangan dalam keadaan matanya ditutup.


Jika dilihat dalam video tersebut, wanita itu perlu menghidu setiap jejaka yang berada di hadapannya bagi mencari suaminya dikalangan lelaki yang beratur di depannya.


Melihat diruangan komen, ramai netizen memberikan reaksi terhibur dengan permainan tersebut dan ramai yang bercadang untuk mencuba dengan pasangan masing-masing.



Ada juga segelintir netizen yang menyifatkan tindakan itu geli dan tidak akan mencuba walau sekali-kali.



Mungkin niat hanya sekadar ingin berhibur dan mencuba sesuatu yang baru tapi pada pandangan admin, perbuatan ini amatlah tidak sesuai dengan ajaran Islam. Kerana lelaki perempuan bukan muhrim tidak boleh menyentuh sesama mereka.


Ada juga netizen yang menyifatkan mereka ini tidak tahu pasal halal haram ke? Ada yang menggelarkan perbuatan ini dayus kepada suami yang membiarkan isterinya membuat challenge sebegini rupa.


Apapun tepuk dada tanya selera. Masing-masing dah besar panjang dan matang kan?


Sumber dari video tiktok @puspawangirauza dan twitter @IbuPeri__

Post a Comment

0 Comments