Nama usahawan muda, Hafiz Mahamad mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi selepas banyak kisah kejayaannya menjadi inspirasi kepada ramai anak muda.
Sebelum ini, Hafiz ada memuat naik satu video menunjukkan beliau bergegas ke Kelantan untuk melawat sahabat baiknya yang jatvh s4kit.
Sahabat yg membesar sama sama
Harini saya cancel semua kerja dan meeting then fly ke Kelantan untuk angkat sahabat saya dari rumah ke hospital
Dia stroke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dh kerja tempat tu, saya tahu mmg dia kerja setiap hari dari jam 8:30am sampai 11pm semata mata buat OT untuk dapat 2K sebulan
Bila kesihatan dia terjejas, saya tktau dia stroke. Dia kata dia demam dan kaki s4kit. Saya call dan suruh dia berhenti, kerja dengan saya je
Last week, saya belikan dia ticket ke KL. Bila sampai je Airport, Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit injit
Lepas 5 hari jaga dekat KL, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia rest berapa hari then tak boleh bangun langsung
Saya call semalam, dia kata dh taktahan. Then saya decide pagi ni untuk terus fly Kelantan
Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju dan angkat dia ke hospital
Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap
“Siapa antara kita yg senang, kita tlg antara kita yg susah” dan Alhamdulilah Allah bg saya rezeki, kemampuan untuk bantu sahabat ni
“Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku dan kita berjuang sama sama” terus sihat loh!
Namun kini dikhabarkan sahabatnya yang bernama Loh telah menghembuskan nafas terakhir pada Subuh 22 Disember.
Disebabkan itu, Hafiz sekali lagi telah bergegas ke Kelantan bagi melawat jenazah sabahat baiknya itu dan seperti biasa Hafiz turut kongsikan video perjalanannya ke sana.
Verified
Ini kali terakhir aku datang sahabat
Subuh tadi saya terima call sahabat saya loh dah tak ada
Ya Allah, sebak dan terkejut terus hati saya. Saya terus beli ticket flight dan fly ke Kelantan
Keluarga sahabat semua tunggu saya sampai untuk uruskan jenazah
Waktu di Airport, menitis air mata saya. Rindu dan cinta sangat dkt sahabat saya. Bila sampai di Kelantan terus ke bilik Jenazah, Ya Allah saya tak boleh tahan lagi diri ni
Sahabat yg membesar dan selalu sokong. Sekarang berada dalam kain kafan dan saya hanya mampu rasa tangan sahabat dgn sentuh kain kafan tu. Tangan sahabat tu lah yg selalu angkat doa dan usap kepala saya dulu untuk tenangkan saya
Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jenazah sahabat saya loh
Sampai di Masjid, saya imamkan solat jenazah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat
Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil dan suara saya tak dapat tahan lg sebak tu
Saya ke kubur, saya turun ke liang lahat. Saya nak sentuh dan rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat
Loh, aku dh laksanakan janji aku dkt mu sebagai sahabat. Dari mu s4kit sampai ke penamat, aku ada dgn mu. Sebab apa?
Sebab aku tahu mu nampak aku dan aku nak mu tahu aku betul betul nak jadi sahabat mu dunia akhirat
Tiba waktu aku nanti loh. Selepas mu tarik keluarga ke syurga, tarik lah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu ktsana
Aku disini akan terus berjuang untuk keluarga, team, orang memerlukan dan sahabat sahabat kita yg lain loh
Ini semua “Kejayaan Demi Kebahagiaan”
Jumpa mu nanti disana nanti 🌹
Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu, beliau berasa bersyukur kerana dapat menjadi imam ketika solat jenazah diadakan.
Dalam masa yang sama, Hafiz turut tidak menyangka bahawa van jenazah yang pernah diwakafkan olehnya untuk kegunaan masjid kampungnya itu telah menjadi kenderaan terakhir buat sahabat baiknya itu.
“Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jenazah sahabat saya Loh.”
Ramai netizen turut merasai kesedihan yang dialami oleh Hafiz dalam masa yang sama mendoakan Allahyarham di sana.
Semoga Hafiz terus kuat menjalani hidup tanpa sahabat baiknya dan dapat terus membantu mereka yang memerlukan.
Sumber video: Instagram Hafiz Mahamad via hotfm
0 Comments