Ticker

6/recent/ticker-posts

Wani Chomel Dikejarkan Masuk Wad, Rupanya Ada Jangkitan Kuman Di Paru-Paru

 


Wakil kepada Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim yang dikenali sebagai Muhammad Shah memberitahu bahawa gadis berusia 23 tahun itu mengalami jngkitan kuman di paru-paru.


Menurutnya lagi, Wani berkemungkinan mendapat jangktan tersebut selepas menjalani pembdahan bari4trik (potong usus) pada Ogos tahun lalu berikutan dia tidak pernah melakukan sebarang pemeriksaan susulan.


"Wani dikejarkan ke hospital sekitar pukul 9 pagi tadi selepas dia mengalami kesukaran untuk bernafas. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan ada jangkitan kuman di paru-paru Wani.


"Selepas Wani melakukan pembdahan potng usus, dia tak pernah pergi buat pemeriksaan susulan. Kita memang berniat untuk bawa dia menjalani pemeriksaan untuk tahu status sebenar apabila mengetahui dia tidak menjalani sebarang rawatan dan pemeriksaan susulan.


"Mengenai punca jngkitan... saya serah pada pihak hospital dan kita lihat keadaan Wani memang tidak berapa sihat semenjak pertemuan pertama di Jerantut.


"Cuma kita memerlukan masa bagi menyediakan bantuan supaya Wani boleh mendapatkan rawatan." kata Shah kepada mStar.


Wani menerusi Instastory pada Isnin memuat naik foto dia berada di sebuah hospital mendapat perhatian netizen di laman sosial.


Doktor terpaksa menahan Wani di wad sebab nak menunggu hasil ujian pemeriksaan keadaan diri dia.


Sebelum ini, Wani yang berdepan masalah berat badan hampir 300 kilogram meluahkan rasa kecewa dan mendakwa seorang usahawan kosmetik terkenal menabur janji manis selain menyediakan kontrak perjanjian berat sebelah.



Menerusi laporan mStar pada Jumaat lalu, Wani berharap masalah berat badannya selesai selepas menjadi duta produk ubat kurus usahawan kosmetik terkenal itu namun hampa belaka.


Justeru, gadis malang itu terpaksa bertindak menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan.



Menceritakan lebih terperinci, Wani berkata pada Ogos tahun lalu usahawan berkenaan tampil menawarkan pembiayaan bagi menjalani pembdahan bar1atrik serta mengikatnya sebagai duta produk pelansingan badan.


Dalam pada itu, Shah memberitahu buat masa sekarang Wani masih ditahan di wad zon kuning sementara menunggu keputusan pemeriksaan ujian makmal.


Tambahnya Wani pernah mengadu skit di bahagian perut sejak dia menjalani pembed4han tersebut.-mStar Online

Post a Comment

0 Comments