Kemelut yang melanda pasangan popular, Neelofa dan PU Riz akhirnya menemui tanda noktah apabila kedua-dua pihak sudah tampil menjelaskan apa yang berlaku.
Walau bagaimanapun netizen masih tertanya-tanya tentang status pertunangan mereka berdua. Menerusi kemas kini terbaru di instagram milik jelitawan ini.
Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dilihat seperti sukar untuk memahami keadaan yang berlaku ketika ini selepas menerima pelbagai kritikan berkait dirinya dengan PU Riz.
Neelofa dalam satu hantaran menerusi Instagram Story, menterjemahkan keyakinan bahawa dia menyerahkan perjalanan takdirnya kepada ketentuan Allah SWT.
“Ya Allah, kadang-kadang sukar untuk saya memahami apa yang sebenarnya ingin berlaku.
“Tetapi saya mempercayaiMu. Saya tahu kamu akan beri yang terbaik," jelas perkongsian itu.
Beberapa hari lalu, spekulasi mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz, 25, telah menjadi perbualan hangat di media sosial sehingga ada yang membuat dakwaan tidak berasas.
Susulan itu, usahawan tudung jenama Naelofar menafikan segala tuduhan berat yang dilemparkan dan menggesa semua pihak agar tidak menerima sebarang andaian secara bulat-bulat.
Dia yang juga bekas pengacara program MeleTOP pada masa sama memohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.
Baca juga : Neelofa Nafi Sudah Bernikah, Beri Duit Seratus Ribu Dan Terkena Minyak Pengasih Dari PU Riz
Artikel dipetik dari astro awani
0 Comments