Tahun 2021 baru saja menyapa kita semua, semestinya kita harapkan tahun ini tahun untuk kita bangkit selepas menjalani tahun 2020 yang penuh dengan dugaan.
Namun permulaan tahun baru kita disajikan dengan satu kejadian pelik.Tidak dapat dibayangkan apa yang berada di fikiran anggota bomba ini apabila dipanggil untuk membantu memotong cincin yang tersangkut di kemaluan seorang lelaki!
Siap ada batu permata
Kejadian ini yang dilaporkan berlaku di Alor Setar semalam itu dikongsi menerusi satu posting yang dibuat oleh akaun Bomba Alor Setar sendiri sebelum dikongsi oleh beberapa page Facebook lain.
Nahhhaiiiiii – Khidmat khas memotong cincin di kemaluan. Kes pertama Tahun 2021. Bantuan kepada pihak hospital…siap double ring dan berbatu permata lagi…. Abang-abang diluar sana….beringat naaaa. Malang tidak berbau.
Menjengah ke ruangan komen, ramai geli hati dengan insiden tersebut dan beranggapan kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku. Malah ada yang berseloroh meminta pihak bomba memotong ‘semua’ agar insiden memalukan ini tidak berulang kembali.
Tak kurang juga ada yang berasa hairan mengapa cincin tersebut boleh melekat terus di situ hingga sukar untuk dikeluarkan. Baru je masuk 2021 dah ada ‘kejadian’ pelik berlaku. Harap tak ada yang cuba lagi.
Apapun kita berharap agar tahun ini kita dapat kurang kontroversi dan tingkatkan prestasi.. ayuhhh
Sumber: Bomba Alor Setar via ohbulan
0 Comments