Di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), SPNB bertanggungjawab untuk menyediakan rumah mampu milik bagi setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara. Tambahan pula, objektif program ini adalah bagi membantu nelayan, petani dan keluarga miskin yang menetap di rumah yang usang tetapi memiliki tanah untuk membina rumah yang selesa dan berkualiti.
Berikut dikongsikan maklumat mengenai permohonan seperti syarat kelayakan, kaedah permohonan dan reka bentuk untuk rujukan semua.
Kepada mereka yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang ini untuk memliliki rumah idaman sendiri.
Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan RMR
Di bawah merupakan syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPNB bagi melayakkan seseorang membuat permohonan:
Pemohon merupakan warganegara Malaysia
Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
Pendapatan bulanan seisi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000
Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah yang usang dan tidak sempurna
Tanah atau tapak rumah dibina hendaklah bersesuaian serta bebas daripada gadaian atau sebarang bebanan ke atasnya. Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah tersebut, kebenaran daripada pemilik asal diperlukan untuk memohon
Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps mengikut reka bentuk
Kelulusan permohonan tertakluk kepada peruntukan kewangan oleh kerajaan
Jika pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
Manakala pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.
Kaedah Permohonan
Jika anda memenuhi syarat yang ditetapkan, berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan secara atas talian :
Layari Portal Rasmi
Klik ‘Pendaftaran Baru’ dan isi borang pendaftaran dengan lengkap
Kata laluan akan dihantar kepada anda
Log masuk semula melalui halaman utama menggunakan ID iaitu emel pemohon dan kata laluan yang diberikan.
Lengkapkan borang di dalam sistem tersebut dan kemudian klik ‘Selesai Pendaftaran Borang’ dan cetak borang tersebut
Hantarkan borang tersebut berserta dokumen sokongan ke mana-mana pejabat cawangan SPNB yang berdekatan dengan anda
Untuk mendapatkan panduan lengkap kepada cara membuat permohonan, sila buka pautan berikut:
Panduan Pengguna Sistem
Senarai Dokumen Sokongan
Pastikan anda membawa semua senarai dokumen sokongan di bawah semasa menghantar borang permohonan:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
Salinan kad pengenalan pemilik tanah
Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
Slip gaji terkini (3 bulan) atau surat akuan sumpah pendapatan/ surat pengesahan pendapatan pemohon/ pemohon kedua*
Surat akuan sumpah atau surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
Surat akuan kebenaran pelepasan daripada tuan tanah
Salinan sijil nikah pemohon
Borang laporan tapak bergambar
Nota: Surat Pengesahan pendapatan atau tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A. SPNB juga berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
Nota
Pihak SPNB hanya bertanggungjawab membina rumah pemohon dan pemohon dikehendaki:
Menyediakan jalan masuk ke tapak serta tapak pembinaan yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan
Menyediakan sumber bekalan elektrik dan air
Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
Membuka akaun serta membuat pembayaran bulanan di mana bayaran pendahuluan sebanyak tiga bulan adalah diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan
Reka Bentuk Rumah
Berikut merupakan gambaran reka bentuk RMR yang disediakan oleh SPNB mengikut kategori iaitu:
1) Semenanjung Malaysia
2) Pulau di semenanjung Malaysia
0 Comments