Ticker

6/recent/ticker-posts

Dr Noor Hisham Ingatkan Semua Sudah Tiba Masa Untuk ‘Ambil Serius PKP Kali Ini’

 


Umum mengetahui jumlah kes positif C0VID-19 di negara kita semakin meningkat setiap hari dengan jumlah kes baru sudah pun mencecah angka 4,000 pada semalam yang merupakan kes harian paling tertinggi.


Menerusi perk0ngsian yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes baru pada semalam adalah sebanyak 4,029 dengan Selangor menjadi penyumbang terbesar sebanyak 1,466 kes.


Terkej0t dengan pengumuman angka kes baru yang dicatatkan, rata-rata warganet meluahkan kebimbangan mereka di media sosial sejak semalam.


Tidak turut terkecuali adalah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham yang turut berk0ngsikan nasihatnya bersama masyarakat di beberapa akaun media sosialnya mengenai keadaan semasa C0VID-19 dalam negara.


“Sudah tiba masanya untuk kita mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.


“Jika tidak, ianya tidak mengej0tkan untuk melihat semua negeri menjadi zon merah dalam negara selepas ini,” tulisnya di Twitter dan Facebook.


Dr Noor Hisham juga di akaun Twitter-nya dilihat mengulang ciap pendapat seorang warganet mengenai kebimbangan kemungkinan hospital tidak mampu lagi menampung kapasiti pesak!t seperti yang berlaku di luar negara.


Walaupun tidak memberikan sebarang komen, namun ulang ciap (retweet) daripada beliau itu sudah pastinya akan mengingatkan orang ramai di negara ini untuk terus mengamalkan SOP bagi mengelakkan kebimbangan berkenaan benar-benar berlaku.


Perdana menteri sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKP di enam buah negeri termasuk ulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah selama 14 hari bermula 13 Januari lalu.


Selang beberapa hari, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula kemudiannya mengumumkan PKP akan turut dilaksanakan di seluruh negeri Kelantan dan daerah Sibu berikutan peningkatan mendadak di kedua-dua kawasan. – Sumber & foto dipetik dari The v0cket, Twitter

Post a Comment

0 Comments