Ticker

6/recent/ticker-posts

Drama 'Rahimah Tanpa Rahim' jadi bahan Gurauan, Doktor Syahr Musafir Dedah Sindrom ini Memang Dialami Wanita Dan Tak Sepatutnya Jadi Bahan Gelak Netizen

 




Drama bersiri terbaru yang bakal bersiaran pada 22 januari ini iaitu Drama Rahimah Tanpa Rahim sudah mula menjadi perbualan hangat di kalangan netizen. Drama yang dijangka akan ditayangkan oleh TV3 ini dari awal-awal lagi sudah menarik perhatian netizen apabila tajuk drama tersebut menjadi bahan guran dan kelakar.


Ramai yang tidak sensitif dan anggap tajuk drama ini sesuatu yang merapu, namun seorang doktor yang dikenali sebagai Syahr Musafir ada memuat naik satu kemaskini di laman fbnya ada mengulas mengenai tajuk 'wanita tanpa rahim' yang tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka memandangkan sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH) ini wujud yang berlaku pada wanita yang mungkin ramai tak tahu.


Dijadikan bahan jenaka


Mungkin ramai yang tak tahu tentang sindrom Mayer Rokitansky Kuster (MRKH) kerana ianya jarang dibincangkan secara terbuka. Sindrom ini merupakan masalah wanita yang dilahirkan tanpa rahlm. Bagaimanapun, tajuk tersebut dijadikan bahan gurauan pengguna media sosial sehinggakan ada yang memberi komen-komen yang boleh mengguris perasaan seorang wanita.


Apa itu MRKH?


MRKH adalah ‘gangguan’ yang berlaku pada wanita dan terutamanya mempengaruhi sistem pembiakan. Keadaan ini menyebabkan vaglna dan rahlm tidak berkembang sepenuhnya atau absent (tiada), walaupun alat kelamln (f4raj) luarnya normal.


Wanita yang menghidapi keadaan ini kebiasaannya tidak datang haid kerana ‘tiada rahlm’. Selalunya, tanda pertama sindrom MRKH adalah bahawa hald tidak bermula pada usia 16 tahun (amenorea primer). Wanita dengan sindrom MRKH mempunyai corak kromosom wanita (46, XX) dan ovari yang berfungsi normal.


Menurut doktor ini lagi, wanita yang alami sindrom ini tidak dapat mengandung dan mungkin dapat melahirkan anak melalui bantuan pembiakan melalui rawatan perubatan moden. Tambahnya lagi,  selain MRKH, terdapat ‘gangguan’ genetik yang lain yang memberi ‘maksud’ seperti wanita tanpa rahim.



Contoh lain adalah sindrom Swyer (Swyer sindrome). Wanita yang menghidapi sindrom Swyer mempunyai alat keIamin luaran wanita yang normal. Wanita ini mempunyai kromosom X dan satu kromosom Y, iaitu kromosom yang biasanya dimiliki lelaki. Pelik tetapi benar, wanita mempunyai 46XY yang biasanya dimiliki lelaki.

Tambah beliau lagi, bayi yang lahir dengan sindrom Swyer biasanya dibesarkan sebagai kanak-kanak perempuan dan mempunyai identiti jantina wanita. Oleh kerana mereka tidak mempunyai ovari yang berfungsi, diagnosis awal membolehkan untuk memulakan terapi penggantian hormon semasa remaja untuk mendorong hald dan perkembangan ciri se..ks sekunder wanita seperti pembesaran payvd4ra dan pertumbuhan rahlm untuk membolehkan hamiI dan sebagainya.

Hormati wanita


Akhir sekali, doktor ini menasihati orang ramai agar menghormati wanita kerana ini merupakan penyaklt dan bukanlah satu kekurangan. Ini merupakan keunikan buat mereka dan diberikan ujian oleh Allah.



Jangan hlna wanita-wanita sebegini. Mereka boleh jadi anak perempuan kamu, isteri kamu, cucu kamu, adik perempuan kamu. Jangan hlna!

Jangan lupa tonton drama terbaru ini yang akan menggantikan drama Bidadari Salju. Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mulai siar pada pada Jumaat ini jam 7 malam. Drama ini  menggandingkan pelakon Azlee Khairi dan Puteri Aishah sebagai terajui utama. Nantikan kisah mereka menerusi slot akasia mulai 22 Januari 2021 ini.


Sumber : Dr  Syahr Musafir via ohbulan.com

Post a Comment

0 Comments