Kuala Lumpur: Terdesak hingga sanggup mencuri makanan dan penyejuk demam untuk mengubati demam anaknya.
Itu kesusahan hidup seorang wanita hingga sanggup mencuri di pasar raya di Petaling Jaya, semalam.
Bagaimanapun, sebaik menerima laporan polis dibuat pasar raya berkenaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jen4yah dilakukan wanita berusia 30-an itu.
Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang men4ngkap ibu tiga anak itu mencurl penyejuk demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.
"Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita dit4han kerana dikatakan mencurl kek dan penyejuk demam sebab anaknya demam.
"Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini," katanya menerusi video disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.
Nik Ezanee berkata, pihaknya menyampaikan bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan lain demi membantu wanita berkenaan yang hidup sukar.
"Susah-susah sangat mari balai polis, ini ada 'kool fever' untuk anak demam," katanya kepada wanita itu.
Menurutnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencabar semua pihak terutama golongan susah.
"PKP ini banyak mencabar kita, ramai antara kita selalu buat aduan konon tidak boleh 'brain' (faham) kenapa polis buat roadblock (sekatan jalan raya) tutup jalan dan berlaku kesesakan.
"Sebenarnya, bukan tuan puan saja susah tetapi ada lagi yang lain (susah). Dalam PKP ini kita nak law4n vlrus Covld-19," katanya.
Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai berk0rban sedikit kesusahan dan kesukaran sekarang untuk masa depan serta duduk di rumah bagi memutuskan rantaian w4bak itu.
Sumber : harian metro
0 Comments