Ticker

6/recent/ticker-posts

Isteri terduduk menangis gagal keluarkan duit KWSP arwah suami.. tunjuk surat nikah, sijil MAT1 pun tetap tak laku

 


Seorang perunding takaful, Asyraf Zakhi telah memuat naik satu perkongsian di Facebook, katanya ini adalah satu  kisah benar yang berlaku di mana seorang isteri tidak dapat mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) milik suaminya yang sudah meninggal dunia.


Hal tersebut berlaku kerana arwah suami kepada wanita berkenaan tidak meletakkan penama di dalam akaun EPF miliknya dan wanita tersebut tidak mempunyai surat kuasa bagi tujuan pengeluaran wang berkenaan.

Walaupun wanita berkenaan mengemukakan sijil kem4tian suaminya dan surat nikah, namun dokumen tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan pengeluaran wang EPF tersebut kerana sudah menjadi prosedur institusi kewangan itu. 


"Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka.


"Tahu tak surat kuasa tu apa? Sila ingat ya. Sijil kem4tian dan permit pengebumian saja tidak laku untuk membuat pentadbiran harta pusaka.


"Berlaku saja kem4tian dan setelah didaftarkan kem4tian tersebut, maka terbekulah segala harta dan aset si m4ti. Jadi, semua institusi kewangan (harta alih) dan pejabat tanah (harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut," katanya yang sudah dua tahun berkecimpung sebagai perunding takaful.


Jelasnya lagi, penama yang diletakkan di dalam akaun EPF itu juga bukan bermakna individu berkenaan berhak sepenuhnya ke atas tinggalan si m4ti, sebaliknya dia berperanan sebagai pengurus tadbir.


"Selalu orang ingat, letak penama maka terus penama dapat wang. Tapi sebenarnya, penama ini adalah pengurus tadbir. Ia ada beberapa peringkat proses lain.


"Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang EPF tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.


"Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun. Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.


"Selepas tahu jumlah wang, kena tolak hutang-hutang arwah dulu, dan seterusnya proses mahkamah untuk pembahagian," kata lelaki berusia 30 tahun ini.

Sumber : mStar Online



Post a Comment

0 Comments