Ticker

6/recent/ticker-posts

Kalau Pasar Malam Tak Buka Dalam 3 bulan, Kami Kumpul Depan Pejabat Perdana Menteri, kata Mohd Ridzuan

 


Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah menggesa kerajaan membenarkan gol0ngan peniaga pasar malam meneruskan operasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).


Katanya, dia menjangkakan PKP akan berlanjutan lebih lama daripada tempoh dua minggu, sedangkan peniaga pasar malam yang tidak memperoleh pendapatan tinggi pasti terkesan jika terus tidak dibenarkan berniaga.


Katanya, sekiranya peniaga masih tak dibenarkan berniaga dalam tempoh tiga bulan dari sekarang, dia dan peniaga-peniaga pasar malam akan berkumpul di hadapan pejabat perdana menteri bagi menyuarakan tuntutan mereka.


“Kita akan tunggu keputusan kerajaan pusat macam mana, sama ada peniaga pasar malam boleh meniaga atau pun tak boleh.



“Kalau PKP dilanjutkan sehingga bulan Mac, sekiranya mereka (peniaga) tak dapat berniaga, kita akan ramai-ramai tunggu depan pejabat perdana menteri. Kita mintalah apa yang kita nak minta.


“Sebab waktu pilihan raya mereka minta undi kita, kita dah bagi. Jadi hari ini kita nak minta dari kerajaan, apa yang boleh bantu kita,” katanya dalam sidang media di Semenyih, Selangor.


Sekiranya peniaga pasar malam termasuk bazar malam, memang tidak akan dibenarkan untuk berniaga sepanjang PKP, Ridzuan mencadangkan kerajaan memberikan pampasan buat mereka yang kehilangan punca pendapatan.


Sidang media itu turut disertai pengerusi persatuan peniaga-peniaga kecil Selangor, Nozhar Che Nor yang mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) sama seperti PKP kali pertama dahulu diguna pakai kali ini.


Katanya, penyelaras dan peniaga pasar malam berjaya mematuhi SOP seperti mengasingkan jalan keluar dan masuk, memeriksa suhu, memastikan pemakaian pelitup muka dan pensanitasi tangan sehingga tidak ada kluster pasar malam tercet0s dalam jangk!tan C0VID-19.



Kerajaan mengumumkan PKP dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan terkini Kelantan untuk tempoh 14 hari bermula 13 Jan sehingga 26 Jan bagi mengawal penu.laran wa.bak C0VID-19.


Negeri-negeri lain pula terlibat dalam PKP bersyarat (PKPB) dan PKP pemulihan (PKPP), berdasarkan kadar jangk!tan negeri masing-masing.


Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, operasi pasar malam dan bazar malam adalah tidak dibenarkan sepanjang PKP 2.0.


Sementara itu, seorang peniaga pasar malam, Fadzil Abdul Aziz, memoh0n kerajaan mempertimbangkan kemel0t dihadapi peniaga pasar malam, dan memberi jaminan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan sekiranya mereka dibenarkan berniaga semula, seperti yang telah dibuktikan semasa pelaksanaan PKP sebelum ini.


Meskipun mengakui dalam musim C0VID-19 ini, pendapatannya terjejas gara-gara bilangan pengunjung jat0h merudum, setidak-tidaknya, katanya, mereka boleh meneruskan hidup untuk menanggung keluarga dan komitmen berbanding tidak berniaga langsung.



“Kalau tuan-tuan tak boleh bantu kami dari segi kewangan, bagilah kami sendiri mencari rezeki kami. Janganlah tutup jalan kami.


“Saya harap pihak-pihak berkenaan, tol0nglah, berilah kerjasama. Berilah kelapangan bagi pihak kami untuk meniaga balik. Kami pun ada banyak perkara nak kena selesai,” kata peniaga laksa dan mi jawa sejak 30 tahun lalu, yang sebelum ini berniaga pasar malam di Kajang.


PKP mula dilaksanakan kali pertama pada 18 Mac tahn lalu, sebelum dilonggarkan secara berperingkat menerusi PKPB dan PKPP.


Tahun lalu, dalam PKP 1.0, pasar malam dibenarkan beroperasi semula bermula 15 Jun, dalam fasa PKPP yang bermula 10 Jun 2020, dengan syarat mematuhi SOP ketat yang disediakan. – Sumber dipetik dari mykmu, MK

Post a Comment

0 Comments