Baru-baru ini ada viral berkenaan satu posting dari usahawan kosmetik penuh kontroversi, Safiey Illias yang sedang menunjukkan dia sedang dicucuk di muka untuk tujuan kecantikan.
Ramai netizen yang bertanyakan kenapa dia selalu buat pembed4han estetik pada wajahnya sedangkan dia adalah founder produk kecantikan.
Jemu dengan soalan yang sama, akhirnya Safiey Illias tampil mendedahkan kenapa dia selalu berbuat begitu adalah disebabkan hobi dan minat semata-mata, tiada lebih dari tu.
Dia juga menjelaskan kerana ingin mencapai ketenangan dan kepuasan diri seperti yang didakwa sesetengah individu di luar sana.
Oleh disebabkan itu, Safiey yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Ratu’ ini berkata lagi, tindakannya mengubah bentuk wajah bukanlah untuk kecantikan semata-mata tetapi kerana dia suka berbelanja ke arah seperti itu.
Ini petikan dari instagram Safiey Illias
Pelik , bila ratu kene tanya “dapat x apa yg dicari iaitu ketenangan bila wt operation??”
1. Ratu b3dah bukan sebab ada masalah , str3ss , down , dan xd kene mengene dgn ketenangan ke ape ke .
2. Nak cantik ?? Ratu buat bkn untuk kecantikan dan bkn kecantikan kepuasan yg ratu cari .
3. Mmg hobi ratu suka shopping , suka cantikkan diri , suka b3dah , suka beli barang pastu tak pakai ratu preloved
4. Ratu buat untuk diri sendiri bkn sbb shuben suruh ke , sbb org ke , atau sebab sapa2 je lah , xd kaitan . Ratu buat untuk diri ratu dan ratu happy sbb itu yg ratu suka buat .
Korg xleh samakan mntk ratu dgn mntk korg . Ada org minat motor , mnt kumpul tupperwear , minat mancing . So stiap org hobi beza2 uolls .
Mcm korg , korg x mnt ratu . Tp korg tetap nk komen dkt wall ratu . Tetap nk stalker . Jari gatal nk komen jugak walau tak suka . Tp ratu tak m4rah pun , dh mmg tu hobi korang . So ratu respect aje lah . Janji korang happy . Gitu
Tambah Safiey lagi, dia melakukan semua itu atas minatnya sendiri dan tidak melibatkan peranan individu lain di sekelilingnya. Dia turut meminta orang ramai tidak menyamakan minatnya untuk melakukan pembedahan di wajah dengan minat individu lain di luar sana kerana merasakan hobi setiap orang adalah berbeza-beza.
Sementara itu diruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan penerangannya.Tambah netizen lagi matlamat tidak menghalalkan cara dan ramai juga berdoa agar Safiey Illias kembali ke pangkal jalan.
Sama-samalah kita berdoa agar Safiey Illias berubah kearah kebaikan.. Insha Allah
SUMBER : Instagram Safiey Ilias via beautifulnara
0 Comments