Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Adik Neelofa Tak Ambil Peduli Keluarga Digelar Netizen Sebagai ‘Kardashian Kelantan’

 


Itulah harga yang perlu dibayar apabila menjadi public figure, apa saja yang dibuat atau dikongsikan di laman sosial semestinya menjadi perhatian netizen.


Itulah yang kini dihadapi oleh adik-beradik kepada personaliti dan usahawan berjaya, Neelofa ini. Umum tahu adik-beradik Neelofa sama seperti orang lain yang senantiasa akan berkongsi momen dengan peminat mereka untuk tatapan ramai.

Baru-baru ini viral di media sosial apabila Atisha Khan telah memuat naik satu video di mana gadis itu menjawab soalan yang diajukan oleh pengikutnya di Instagram. Salah satu soalan yang menarik perhatian ramai ialah,


“Apakah perasaan awak apabila ramai menggelarkan keluarga awak sebagai ‘Kardashian Kelantan’?”



Memetik laporan dari portal hiburan beautifulnara ini, meskipun tampak  teragak-agak untuk menjawab soalan cepumas tersebut pada awalnya, namun Atisha memberikan jawapan yang jujur buat peminatnya.


“Saya tak tahu, saya tak peduli sebenarnya. Sebabnya saya tak rasa sesiapa cuba menjadi seperti orang lain pun.”


Jelas gadis itu, dia memahami daripada mana gelaran itu tercipta, mungkin kerana jumlah ahli keluarganya yang ramai dan mungkin juga kerana pelbagai ‘drama’ yang berlaku dalam keluarga mereka.



Atisha menambah dan mengatakan bahawa kalau bukan keluarganya yang menerima gelaran tersebut, mungkin juga akan ada orang lain di Malaysia yang mendapatnya.


“Saya tak pasti. Kalau bukan kami pun, sesiapa sahaja boleh diberi gelaran tersebut. Tapi kali ini, kami yang kena.”



Gadis itu juga menjelaskan bahawa dia kini sedang belajar cara untuk tidak mengendahkan kata-kata sedemikian dan ianya ternyata susah memandangkan dia merupakan seorang yang susah untuk menepisnya.


Bahkan, dia merasakan sekiranya dia memberikan perhatian dengan gelaran tersebut, dia hanya akan terbaring di atas katil dan terus memikirkannya.




Hmmm, Susah betul bila kehidupan dapat perhatian ramai kan? Takpelah mulut orang mana boleh nak tutup dah penat nanti berhentilah mereka semua.. 


Artikel dari beautifulnara

Post a Comment

0 Comments