Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Menjawap dakwaan bekas pelakon popular kononnya C0VID-19 tidak bahaya, SOP sekadar takut-takutkan rakyat sahaja

 



Tahun 2020 boleh dianggap sebagai tahun suram, manakan tidak dek kerana penangan C0VID-19 yang melanda satu dunia, banyak negara terkesan sehingga hampir lumpuh ekonomi kerana banyak sektor perniagaan dan korporat yang tidak dapat diteruskan. Banyak syarikat penerbangan gulung tikar dan tidak lupa juga industri perlancongan turut terlibat sama.

Beberapa hari yang lalu, viral satu video di media sosial apabila dikatakan bekas pelakon popular tanah air yang memuat naik kenyataan kononnya C0VID-19 sebenarnya tidak berbahaya dan sekadar untuk menakutkan rakyat semata-mata.

Menjawab dakwaan bekas pelakon tersebut, satu page facebook yang diberi nama korek-korek membuat huraian panjang lebar berkenaan isu yang diutarakan selebriti tersebut.

Menjawab dakwaan, “C0vid tidak bah4ya”, “SOP untuk takut-takutkan”

1. Semalam tular satu video seorang bekas pelakon bercakap mengenai C0vid-19:

– “Tak ada apa pun C0vid ni. Tak nampak pun yang positif C0vid, m4ti menggelupur di tepi jalan.”

– “Nak takut-takutkan sampai memporak-perandakan ibadah, memporak-perandakan kehidupan manusia. Kena game”

– “C0vid tidak bah4ya. Sampai kena lockdown, SOP macam-macam, nak kena itu nak kena ini…”




2. Ringkasnya, video ucapannya itu menjurus kepada mengajak orang ramai untuk tidak perlu takut dengan bah4ya C0vid, sehingga dilihat mahu orang ramai supaya tidak pedulikan peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


3. Hujahnya, selain ‘tiada yang m4ti menggelupur tepi jalan’ ialah, statistik kem4tian di Malaysia pada tahun pandemik (2020) lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.


4. Jika ukuran bah4ya atau tidak C0vid itu bersandarkan pada perbandingan jumlah kem4tian di Malaysia per tahun, ia cara kiraan yang tidak tepat. Jumlah kem4tian akibat C0vid yang kita lihat pada hari ini nampak rendah kerana antaranya disebabkan perkhidmatan kesihatan yang baik dan kadar jangkitan C0vid yang dikekang oleh peraturan (seperti PKP, SOP dan sebagainya).


5. Katakanlah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit tidak diwartakan, MKN tidak mengeluarkan sebarang garis panduan, tiada norma baharu, manakala orang ramai di Malaysia bebas menjalani kehidupan yang sama seperti tahun-tahun sebelum pandemik – hasilnya, kadar jangkitan tentulah lebih serius.


6. Lebih ramai yang positif C0vid, bererti, jumlah kem4tian juga bertambah.


7. Jumlah kem4tian akibat C0vid di Malaysia setakat 31 Disember 2020 ialah sebanyak 471, atau 0.4% daripada jumlah keseluruhan kes. Andaikan tiada kawalan pergerakan, peraturan, SOP dan sebagainya, kita congak secara kasar : 0.4% daripada 1 juta kes ialah 4,000 kem4tian. Kalau 10 juta kes positif, cecahlah 40,000 kem4tian.


8. Ia belum mengambil kira kesan ke atas mereka yang lemah daya tahan penyakit, berpenyakit kronik dan lihat juga kapasiti penempatan pesakit. Begitu juga dengan strain baharu vir-us yang lebih kuat kadar jangkitannya, seperti kes Sivagangga dan di UK baru-baru ini.


9. Sehingga 31 Disember 2020, berlaku lebih 1.8 juta kem4tian di seluruh dunia akibat C0vid. Cuba lihat angka kes negara luar yang longgar kawalan serta peraturannya, atau yang kurang baik perkhidmatan kesihatannya, jumlah kem4tian akibat C0vid adalah tinggi.

https://www.worldometers.info/coronavirus/


10. Malah, kiraan statistikal yang dibuat ke atas negara-negara terbabit menunjukkan, kadar kem4tian meningkat berganda tahun ini, akibat C0vid – antaranya Eropah, negara-negara bukan Islam.


https://ourworldindata.org/excess-mortality-c0vid

11. Benar, vir-us bukanlah perlu ditakuti berlebih-lebihan mengatasi kuasa Maha Besar. Tetapi meremehkannya juga tidak wajar sehingga menentang usaha mengekangnya. Apabila disebut ‘syumul’ dan mencakupi semua aspek, ertinya menjaga ny4wa (kesihatan) dan harta (ekonomi) juga terkandung di dalamnya.


12. Tentang dakwaan memporak perandakan ibadah (iaitu perjarakan saf dan PKP masjid), sebagai golongan awwam, adalah lebih baik kita serahkan dan akur kepada ahli-ahli arif di dalam bidangnya (ulama’) yang berhujah atas disiplin ilmu, bukan atas dorongan semangat-emosi. Ketetapannya seperti dalam Irsyad al-Fatwa (siri ke-40):

http://mufti.pahang.gov.my/images/soaljawabagama/hukum%20menjarakkan%20saf%20solat%20jemaah%20semasa%20PKPB.pdf?fbclid=IwAR2pBUPlUun9Np6QwIA-8lKHPmnFeJ6YlY8PhE3_Vk6QzBAIbmOiVeaYQho


13. Bahkan, kes C0vid pada Mac lalu, membabitkan kluster dari Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, perlu diambil iktibar. Kumpulan ini pada dasarnya tidak berbuat salah (diberi kebenaran berhimpun pada Februari), tetapi dik3cam ramai, sehingga timbul pula fitn4h terhadap agama.


14. Justeru, meremehkan C0vid sehingga mengajak orang ramai menentang peraturan kawalan, tidaklah kami setuju dan ia suatu ajakan yang berb4haya. Bahagian lain tentang semangat, keteguhan serta usaha menyebar kebaikan, kami sokong dan puji bekas pelakon itu.


Diruangan komen dapat dilihat komen dari netizen berkenaan pendapat bekas pelakon tersebut, ada yang menyokong dan ada segelintir yang tidak bersetuju dengan selebriti tersebut.





Sumber : fb korek-korek

Post a Comment

0 Comments